CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2009|Reply: 5

Tips Kurangkan ‘Over Thinking’

[Copy link]
Post time 21-6-2021 08:27 PM | Show all posts |Read mode
Tips Kurangkan ‘Over Thinking’



10 kaedah untuk kurangkan over thinking di dalam hidup dan tingkatkan prestasi diri.

1. Buat sesuatu jangan mengharapkan pujian dan perhatian manusia. Juga jangan terkesan dengan kejian orang lain kepada kita. Guna prinsip tak hidup dek puji, tak mati dek keji.

2. Jangan memikirkan terlalu lama sama ada hasil kerja yang dilakukan akan berjaya atau tidak. Kebimbangan boleh menyebabkan kerja tak jalan, risau berlebihan.



3. Lupakan pengalaman pahit yang lepas. Cukup jadikan ia sebagai pengajaran di dalam hidup agar tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.

4. Jika tiba-tiba kita termenung, tiba-tiba rasa sunyi, kosong, terus bangun. Buat aktiviti baru yang dapat mengelakkan kita daripada terus melayan perkara-perkara yang bermain di dalam fikiran kita.

5. Elakkan orang-orang negatif yang akan melemahkan semangat kita, membuatkan kita stress dan menyebabkan emosi kita terganggu.



6. Tetapkan matlamat melakukan sesuatu perkara adalah untuk kebaikan diri, berlawan dengan diri sendiri. Jangan jadikan orang luar sebagai competitor.

7. Jika runsing dan mula memikirkan macam-macam perkara, terus capai sehelai kertas. Tulislah sebanyak mungkin apa yang sedang kita fikirkan pada ketika itu. Selepas itu, renung kembali apa yang kita tuliskan, itulah yang ada di fikiran kita (kaedah declutter our mind).

8. Buat jadual hidup. Rutin hidup yang sibuk akan mengurangkan aktiviti kita untuk over thinking.



8. Berhenti memberitahu kepada media sosial apa yang ingin kita capai, apa impian kita, apa target kita di dalam hidup. Cukup sekadar pasangan, diari kehidupan atau diri kita sahaja yang tahu. Jangan pukul gendang terlalu awal.

10. Bersosial, bercakap dengan seseorang, bersenam, menyanyi dan menari. Ini kaedah terbaik untuk membuatkan minda kita kembali segar. Jangan takut menghadapi masa hadapan.



Norzi Malek
Dari Therapist Untuk Therapy
Jumaat, 4 September 2020.

Sumber artikel di FB Puan Norzi Malik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 08:54 PM | Show all posts
paling mudah logout cariforum je tengok sista vokuru sejak tak main forum rambut uban dia jadi hitam
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 09:39 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-6-2021 08:54 PM
paling mudah logout cariforum je  tengok sista vokuru sejak tak main forum rambut uban dia jadi ...

Meh nombor sis vokuru nak tanya salon mana dia pegi
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju no 1 dan 6.. dan itu yg aku buat skrg... koh kohhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips yang bagus. Lagi2 tengah lockdown ni. Tgk dinding je. Komunikasi kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
thanks!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.660274 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list