CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5943|Reply: 25

‘Allah tahu dia memang ahli syurga’ – Nabil reda isteri keguguran

[Copy link]
Post time 21-6-2021 12:37 AM | Show all posts |Read mode

HASRAT Nabil untuk menimang cahaya mata lelaki tidak kesampaian apabila isterinya, Zira Ayub mengalami keguguran beberapa hari lalu.

‘Allah tahu dia memang ahli syurga’ – Nabil reda isteri keguguran

Oleh MOHD. HAIKAL ISA   20 Jun 2021, 1:32 pm

PETALING JAYA – “Allah sayang dia, Allah terlalu sayangkan dia. Dan, Allah tahu dia memang ahli syurga.”

Demikian kata selebriti popular, Nabil Ahmad apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata keempat tidak kesampaian apabila isterinya, Nazirah Ayub mengalami keguguran beberapa hari lalu.

“Allah nak bawa dia pergi Syurga, Insya-Allah. Semoga dia bantu ibu dan ayahnya dekat akhirat nanti,” kata pengacara program MeleTOP itu ketika dihubungi kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Nabil atau nama lengkapnya, Ahmad Nabil Ahmad, 38, memberitahu, dia reda dengan segala perancangan Allah walaupun tidak menafikan mempunyai pengharapan untuk menimang cahaya mata lelaki.

“Saya jalani kehidupan sekarang mesti ada al-khauf (takut) dan al-raja’ (mengharap). Mengharap kepada untuk perkara-perkara yang baik.

“Takut kalau Allah tak terima kita, tak pandang kita. Tapi untuk urusan zuriat, memang sejak anak pertama, saya serah 100 peratus pada Allah sebab kita manusia memang tiada kuasa untuk buat apa-apa.

“Kalau Allah kata tak jadi, maka tidak jadilah. Ini (keguguran) berlaku kali pertama, Alhamdulillah dapat handle (tangani) dengan baik dan tenang.

“Memang saya tak nafikan memang ada pengharapan untuk tambah zuriat dan mahukan anak lelaki tapi saya sentiasa berserah. Rezeki dapat ketiga-tiga anak, memang saya berserah. Kalau tak jadi, kita tak kecewa sangat,” luah Nabil.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan lagi, dia percaya bahawa Allah sebaik-baik perancang dalam setiap kehidupan manusia.

“Saya dan isteri cuba kuatkan diri masing-masing. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Dialah sebaik-baik perancang.

“Allah suruh buat lagi, rancang lagi. Itu sahaja. Insya-Allah,” katanya.

Semalam, isteri Nabil mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah tiga bulan menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Terdahulu, Nabil dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 9, Layla Medyna, 6 dan Mishall Imani, 2. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah nabil & wife
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Takda rezeki nak ada baby baru. Moga Allah bg rezeki lg utk nabil n wife
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah Nabil.. Takpe, wife muda LG, blh Cuba lg
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah nabil..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
U both are not ready yet to be parents

Sedor  diri bnyk bnyk ye

Bnyk kes anak mati di dera mak ayah kandong

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya.. anak lelaki pulak tu lepas dapat 3 anak perempuan. Mesti happy gila bila dapat tau mula2.. tapi apakan daya takde rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 20-6-2021 10:55 PM
U both are not ready yet to be parents

Sedor  diri bnyk bnyk ye

Not ready yet apanya anak dia dah 3 dah pun.

Baca artikel ke tak aji oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 09:29 AM | Show all posts
salam takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 21-6-2021 08:30 AM
Not ready yet apanya anak dia dah 3 dah pun.

Baca artikel ke tak aji oii

Untuk budak tu laaa dol...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 21-6-2021 08:30 AM
Not ready yet apanya anak dia dah 3 dah pun.

Baca artikel ke tak aji oii

Kan? Anak dah 3 besar2 dah pun, diorg mmg dah jd PARENTS da pun, pandai2 je dia amik kerja Tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 21-6-2021 01:34 AM
Untuk budak tu laaa dol...


Sentence tu merujuk kepada parents, not specific, as parents to that janin.

Biar jelas sikit.. Terasa klu dieorg baca.. Elok je anak2 yg 3 org tu membesar, cukup makan pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 10:30 AM | Show all posts
virgo19 replied at 21-6-2021 07:23 AM
Sayangnya.. anak lelaki pulak tu lepas dapat 3 anak perempuan. Mesti happy gila bila dapat tau mula2 ...

3 bulan dah tau jantina ke???

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 10:30 AM | Show all posts
takziah nabil dan zira...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 21-6-2021 10:29 AM
Sentence tu merujuk kepada parents, not specific, as parents to that janin.

Biar jelas sikit. ...

Takdak manusia yg dapat berlaku adil walo dia mahu demikian

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah tp waktu begini
tidak disarankan
byk fakto
semoga tabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah Nabil n zira
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xperasan ank dia dah 3
Salam takziah nabil & zira
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 21-6-2021 10:30 AM
3 bulan dah tau jantina ke???

Aku mula pun pikir camtu
Pastu td baca skit, pd minggu ke 9 zakar mula terbentuk
So janin tu dah ada la rupa jantinanya dah 12 minggu kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada rezeki kemudian lagi tu, InsyaAllah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.071360 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list