CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3460|Reply: 13

Hajat Siti Nordiana Tercapai Rakam Lagu Tam,” - Sentuhannya Istimewa seperti Lag

[Copy link]
Post time 20-6-2021 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Hajat Siti Nordiana Tercapai Rakam Lagu Tam,” - Sentuhannya Istimewa seperti Lagu Farahdhiya, Bertakhta Di Hati Yang Masih Diminati Hingga Kini...” - Media Hiburan



Penyanyi Siti Nordiana mengakui dia berasa amat bertuah apabila menjadi pilihan untuk mendendangkan lagu runut bunyi drama Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah yang diarahkan oleh Along Kamaludin.

Meski drama tersebut terhenti siarannya menerusi slot Samarinda TV3 atas situasi semasa, namun single yang menggunakan judul sama dengan naskhahnya itu nyata diterima baik peminat.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu melihat kepercayaan tersebut sebagai satu peluang untuk memastikan dirinya terus kekal relevan di hati peminat.

“Bukan semua penyanyi mendapat peluang menyanyikan lagu OST. Semestinya saya merasa bertuah apabila lagu itu dimainkan setiap hari dari, seiring dengan tayangan drama tersebut.

“Saya melihat ia salah satu cara dan peluang untuk lagu itu diterima dan disukai pendengar kerana ia diputarkan hampir setiap hari,” kata Nana yang menjalani proses rakaman lagu itu sekitar dua jam saja.



Pada masa sama, Nana turut bersyukur apabila impian mendendangkan lagu ciptaan Tam Spider akhirnya tercapai setelah lebih dua dekad berada dalam industri muzik tanah air.

“Sebenarnya sudah lama saya bercita-cita untuk bekerjasama dengan Tam Spider. Salah satu daripada impian saya sudah pun tertunai apabila akhirnya dapat menyanyi lagu nukilan Tam.

“Saya percaya sentuhannya cukup istimewa seperti mana lagu Farahdhiya, Bertakhta Di Hati yang masih diminati sehingga kini.”

“Secara jujur saya akui Tam sememangnya seorang komposer yang teliti dan banyak membantu saya mendalami lagu Cukup Derita Itu dengan emosi yang tepat,” katanya.

Terdahulu, drama Cukup Derita Itu dibarisi oleh Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P. Ramlee, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi.

Sumber: https://www.mediahiburan.my/haja ... minati-hingga-kini/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 10:59 PM | Show all posts
Pe mende mamat/minah ni banyak nau bukak thread hari ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 11:01 PM | Show all posts
slyfynx replied at 20-6-2021 10:59 PM
Pe mende mamat/minah ni banyak nau bukak thread hari ni?

Raline binti piao idola si Cari-Editor. That's y buka thread banyak, duplicate pula tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka lagi bertakhta dihati tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la..sedap didengar
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap lagu nana ni. Mendayu2 dia nyanyi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2021 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu fav bertakhta di hati.. Anyway lagu nana ni pon best.. Lagu2 ost dlm drama derita tu mmg best2
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mayu jiwang..pas lalok kne scam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 09:49 AM | Show all posts
iols pun suka lagu lagu Tam composed. Macam di pintu syurga- Dayang, Janji Kita-Spin, peneman-Hazama.

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
lagu2 tam byk yg best2 tp lagu nana ni meleweh sgt. bosan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mawar91 at 21-6-2021 11:02 AM

Bertiang la lgu ni best dari duet Ngan si Nubhan tu. sory nana walaupun meols fan chouls bnde x suke ckp la x suke kan x kan nak hipokrit.lagu ni ade gak la chance nak ke AJL tpi sygnya lagu ni hanya as OST drama je.x dikira single.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mawar91 replied at 21-6-2021 11:00 AM
Bertiang la lgu ni best dari duet Ngan si Nubhan tu. sory nana walaupun meols fan chouls bnde x suke ...

Chuols lagu dgn nubhan tu buang karen je calonkan kt muzik2. Baik focus kt lagu yg ada potensi mcm lagu ni. Sedap la jugak. Meleweh tapi melodi rintihan tu dpt rasa. Sesuai dgn cite ni. Walau i krik krik dgn watak zarul euww sgt. Lagu2 tam mmg best2. Rugi la nana x push
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
woven11 replied at 21-6-2021 11:47 AM
Chuols lagu dgn nubhan tu buang karen je calonkan kt muzik2. Baik focus kt lagu yg ada potensi mcm ...

Betul 3x.meols setujuk sngt..hope komposer & penulis lirik lagu ni push lagu ni dlm pencalonan muzik2.meols akan vote habisan cam angkara tu.lagu sekali lagi sumpah bosan.lgu ni walaupun Leman  tpi bgi meols agak kuat nak ke AJL
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 02:36 PM | Show all posts
ok iols dah dgr sampai habis...
okla sedap jugak lagu ni mendayu2 sesuai dgn imej nana nehhh..
lagi sedap dari lagu baru guru vokal syafinaz tu... tibahh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.217835 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list