CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1689|Reply: 2

[Dunia] BBC halang individu kulit putih mohon jawatan pelatih

[Copy link]
Post time 20-6-2021 04:53 PM | Show all posts |Read mode
BBC halang individu kulit putih mohon jawatan pelatih



Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA   20 Jun 2021, 1:15 pm

SCOTLAND: Portal berita BBC mencetuskan kontroversi apabila hanya membenarkan individu daripada etnik minoriti memohon jawatan pelatih di syarikat media itu.

Jawatan itu hanya dibuka kepada golongan kulit hitam, orang Asia dan pelbagai etnik.

Lapor Daily Mail, syarikat itu menawarkan jawatan selama setahun dengan bayaran sebanyak 17,810 pound (RM97,000) sebagai pembantu pengurusan produksi dengan Unit Sains di Glasgow.

Diskriminasi positif tidak sah mengikut Akta Kesamarataan 2010, tetapi tindakan positif dibenarkan untuk peranan pelatih di kawasan yang kurang perwakilan.

Iklan itu disiarkan secara dalam talian oleh Creative Access yang merupakan syarikat menyasarkan bilangan pengambilan etnik minoriti bekerja dalam industri kreatif, media dan seni.

Bagi individu yang terpilih, mereka berpeluang bekerja dengan rancangan BBC popular seperti Springwatch, The One Show dan The Truth About Series.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ramai colors dalam Bbc. Matthew Amroriwala, Mariko Oi, Babita sharma, Yalda Hakim.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 05:02 PM | Show all posts
sana xde suhakam ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055359 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list