CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1541|Reply: 0

[Tempatan] 330 pengamal media Sabah, Labuan terima vaksin

  [Copy link]
Post time 20-6-2021 04:35 PM | Show all posts |Read mode
330 pengamal media Sabah, Labuan terima vaksin


MUGUNTAN VANAR

Oleh SURAIDAH ROSLAN   20 Jun 2021, 1:27 pm

KOTA KINABALU: Hampir semua 330 orang pengamal media Sabah dan Labuan sudah menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar berkata, menjelang hujung bulan ini hampir semua media di Sabah dan Labuan menerima vaksin lengkap dan ini memudahkan media untuk bertugas di lapangan.

Bagaimanapun, pengamal media perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana jangkitan masih boleh berlaku selagi imuniti berkelompok belum dicapai.

Pada masa sama, media juga akan terus membantu kerajaan menyebarkan maklumat dan penerangan mengenai kepentingan pengambilan vaksin bagi keyakinan masyarakat terhadap vaksin dapat dipertingkatkan sekaligus akan mempercepatkan pencapaian imuniti berkelompok.

“Media boleh membantu meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa vaksin selamat untuk diambil dan ia satu-satunya cara untuk melindungi masyarakat secara keseluruhan daripada jangkitan Covid-19.

“Jika tidak mengambil vaksin, individu tersebut akan mendatangkan risiko jangkitan kepada orang lain, keluarga dan masyarakat di sekelilingnya.

“Mungkin pada peringkat awal orang sedikit takut mengambil vaksin kerana berpendapat ia sekadar tempoh percubaan namun, pengambilan vaksin secara menyeluruh di negara-negara lain cukup membuktikan ia berjaya mengurangkan kes jangkitan harian Covid-19,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Muguntan berkata, maklumat mengenai bilangan penerima vaksin di Sabah secara umumnya sangat mudah diperoleh menerusi kenyataan harian Covid-19.

Bagaimanapun, bilangan penerima vaksin di luar bandar sukar hendak diketahui kerana tiada data tepat mengenai proses vaksinasi luar bandar yang diberikan kepada akhbar utama dan juga portal di negeri ini.

Untuk data vaksinasi di kawasan bandar, setiap hari diberikan jumlah penerima tapi media tidak ada data atau jumlah penerima di luar bandar. Maka, sukar untuk melaporkan bagaimana proses vaksinasi dijalankan di luar bandar.

Hanya media rasmi seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) serta Astro sahaja yang dibawa menyertai pasukan vaksinasi bergerak. -UTUSAN MALAYSIA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.171372 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list