CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1938|Reply: 5

Pengantin mati pada malam pertama Agensi

[Copy link]
Post time 20-6-2021 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by whoamila at 20-6-2021 12:41 AM


Gambar Hiasan


Brasilia: Seorang pengantin perempuan di Brazil meninggal dunia pada malam pertama selepas berkahwin dengan suaminya.
The Sun melaporkan insiden itu berlaku pada 10 Jun lalu di bandar Ibirite, Minas Gerais, Brazil.

Mangsa yang berusia 18 tahun dilaporkan kelihatan tidak sihat kemudian pengsan dengan tiba-tiba ketika melakukan hubungan intim dengan suaminya.

Ia menyebabkan suami mangsa yang berusia 29 tahun, panik dan segera berlari keluar untuk mendapatkan bantuan daripada jirannya.

Mereka cuba menghubungi teksi untuk membawa mangsa ke hospital.

Namun, dia tidak mendapat kerjasama pemandu yang enggan mengambil wanita itu sebagai penumpang kerana bimbang akan jangkitan Covid-19.

Akhirnya, suami mangsa menghubungi ambulans untuk untuk bantuan.

Sebaik pasukan perubatan tiba, mereka dapati mangsa sukar bernafas.

Namun, wanita itu tidak sempat diselamatkan apabila meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut suami mangsa, dia terpaksa menunggu selama sejam untuk ambulans tiba dan yakin isterinya mungkin dapat diselamatkan jika pasukan perubatan datang lebih awal.

Bagaimanapun, jurucakap perkhidmatan ambulans memaklumkan kenderaan pertama dibatalkan dan yang kedua, tiba dalam tempoh 21 minit.

Berdasarkan hasil bedah siasat, polis mengesahkan tiada kesan kecederaan atau pembunuhan ditemui pada badan mangsa.

Sementara itu, jiran terdekat memberitahu yang mereka tidak mendengar jeritan, tangisan meminta tolong atau suara aneh pada hari kejadian.

Difahamkan, suami mangsa terlalu sedih dan tidak dapat menerima kenyataan dengan pemergian mengejut isterinya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena covid ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Allergy ke?kot la kan.laki dia makan kacang je
Tengah kiss2 tetiba pompuan ni triggered allergy dia.tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih kejap je tu, lepas tu kawen baru......
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 20-6-2021 09:51 AM
Sedih kejap je tu, lepas tu kawen baru......

Cari yg 17 tahun pula.

Ajal tak kira usia.. Tak tahu apa d buat masa majlis mereka.

Bak kat porumer,  mungkin makan benda ada elergik,  efeknya ke malam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 1.023862 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list