View: 1413|Reply: 0
|
Usah Le Nglewo Ke Mane-Mane, Duduk Ghomah Diam-diam -Nasihat COVID-19 Dalam Logh
[Copy link]
|
|
Kredit foto : Google - Gambar Hiasan
Kes COVID-19 kini semakin meningkat dan mudah berjangkit seterusnya menyebabkan kematian yang mendadak di negara kita.
Susulan keadaan yang semakin teruk, Jabatan Penerangan Perak khususnya mengambil inisiatif menyampaikan maklumat mengenai virus maut ini kepada penduduk Kampung Gajah di Perak dengan menggunakan dialek Perak.
"enyakit ini mudah benar berjangkit, kita tak nampak, jadi duduk lah diam di rumah jangan keluar.
Bahaya penyakit ini kalau terkena tuan-tuan, jaga lah diri kita ya," kata pegawai bertugas ketika meronda sekitar kampung menerusi pembesar suara kepada penduduk setempat.
Video penyampaian informasi itu menjadi viral di media sosial. Rata-rata warganet terhibur dengan kaedah penyampaian sedemikian yang disifatkan begitu bersahaja tapi padat dengan maklumat mengenai virus itu.
Video itu dimuatnaik di laman Facebook dan mendapat lebih 74,000 tontonan setakat ini.
Apapun semoga cepat virus COVID ini cepat berlalu dan semua rakyat Malaysia dilindungi daripada COVID-19, diberi kekuatan, kecekalan serta kesabaran dalam menghadapi pelbagai dugaan mencabar kala ini. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|