CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1409|Reply: 2

Lelaki Sangap Curi 58 Pakaian Dalam Jiran

[Copy link]
Post time 18-6-2021 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki kemaruk seks selepas tergoda dengan kecantikan jirannya sanggup mencuri 58 helai pakaian dalam wanita berkenaan semata-mata memuaskan nafsu syahwatnya.


Suspek menyembunyikan kesemua baju dan pakaian dalam jirannya itu di dalam bilik tidurnya  di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, perbuatan lelaki berusia 23 tahun itu akhirnya terbongkar selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berumur 35 tahun pada pukul 1.50 tengah hari  Selasa lalu.




Seluar dalam wanita jiran yang disyaki dicuri pemuda bernafsu seks sebelum dicekup polis Selasa lalu.





“Semasa kejadian mangsa memaklumkan ternampak suspek berlegar-legar dalam ruangan lif tingkat rumahnya di kondominium yang sama sekitar pukul 10.30 pagi, hari yang sama.


“Mangsa mengesyaki lelaki tersebut adalah individu yang terlibat dengan kehilangan pakaian dalam miliknya sebelum ini dan mangsa juga telah mengadu perkara yang sama kepada suami dan pihak pengurusan kondominium,” katanya dalam kenyataan semalam.


Tambah Mohamad Fakhrudin, suspek akhirnya mengaku kepada suami mangsa dan pihak pengurusan kondominium yang dia telah mencuri pakaian dalam milik mangsa.


Malah katanya, suspek turut menunjukkan tempat dia menyimpan pakaian dalam mangsa yang dicuri itu di dalam kediamannya.


“Bertindak atas aduan mangsa, sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Way telah memberkas suspek yang berumur 23 tahun itu pada pukul 12.15 tengah hari di lokasi sama.


“Polis turut merampas sejumlah 58 pakaian dalam wanita pelbagai jenama serta sebatang kayu yang telah diubah suai dipercayai digunakan untuk mengait pakaian dalam itu,” katanya.


Suspek ditahan reman selama empat hari hingga esok bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


“Timbalan Pendakwaraya telah meneliti kertas siasatan polis dan membenarkan untuk mendakwa suspek di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok,” ujarnya.




Sumber: MalaysiaGazette

Comments

Thread dah ada. Tolong merge please.  Post time 18-6-2021 10:07 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2021 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya setan mcm ni. Mula2 yelah, pakaian dalam. Tak mustahil boleh escalate ke merogol pulak. Harap2 husband perempuan tu, pijak mamat ni smp lumat.
#doneLepasGeram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:03 AM GMT+8 , Processed in 1.290293 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list