View: 16036|Reply: 133
|
Usahawan Kosmetik ‘tak suka solat’ disiasat pulis pukul anak guna iphone 12 pro
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 16-6-2021 11:46 PM
PASIR MAS – Berang dengan status dimuat naik anak perempuan berusia 16 tahun melalui aplikasi WhatsApp, seorang usahawan kosmetik yang sebelum ini mengaku tidak suka menunaikan solat dipercayai telah memukul remaja itu.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang semalam di rumah mereka di Kampung Pauh di sini, remaja berkenaan dipercayai turut dipukul oleh bapa tirinya yang berusia 33 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, insiden itu menyebabkan mangsa mengalami luka dan bengkak pada bahagian kepalanya akibat ditampar oleh bapa tirinya.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, sebelum kejadian berlaku, mangsa telah dipanggil oleh ibunya yang berusia 33 tahun selepas tidak berpuas hati dengan status melalui WhatsApp yang dimuat naik remaja berkenaan.
Katanya, apabila keluar dari bilik, ibunya telah memarahi remaja itu dan dia diheret oleh bapa tirinya sebelum menampar mangsa beberapa kali pada bahagian pipi.
“Selepas itu, wanita berkenaan telah bertindak memukul kepala anaknya menggunakan tangan. Ibu remaja itu kemudian telah cuba memukul mangsa dengan kayu hoki, namun dia sempat melarikan diri.
“Siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada status yang dimuat naik mangsa mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta selain turut memarahi remaja berkenaan kerana tidak bekerja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Mohd. Nasaruddin, siasatan mendapati status yang dimuat naik oleh mangsa telah dipadamkan.
Katanya, bagaimanapun, tiada sebarang ugutan jenayah yang dikeluarkan oleh ibu dan bapa tirinya semasa kejadian.
“Hasil pemeriksaan terhadap mangsa yang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati dia mengalami bengkak pada bahagian kiri kepala, luka pada bahagian dalam pipi dan lebam pada beberapa anggota badan.
“Siasatan mendapati, mangsa yang sudah berkahwin tinggal bersama ibu, bapa tiri dan suaminya di rumah tersebut,” katanya.
Menurut Mohd. Nasaruddin, kedua-dua suspek telah ditahan pada pukul 9 malam tadi untuk membantu siasatan.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – K! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2021/06/16/usahawan-kosmetik-pukul-anak-tak-puas-hati-status-whatsapp/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tak habis sek kot founder ni ye dah nikah, tu umur 33 anak dah 16tahun, anak pun nikah cepat
|
|
|
|
|
|
|
|
umo 33 ada anak umo 16...so dia kahwin umo 17 la kan?
dah tu nape dia nak marah anak dia kawen muda......
aku mati2 la ingat umo dia dalam 40 lebih....muka dah seram sgt tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa sskjp perangai pelik2 dr org bertamadun? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yg dulu anaknya kawen siap suap nasik kt menantu kan?? Awat plak tiba2 naik antu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg anak dia tulis kat status tu sampai dia laki bini hangin kesian jugak budak tu dah kawin ada suami lg pun kena pukul dgn parents. |
|
|
|
|
|
|
|
Founder produknpunya cerita
Tak payahla layan
Semua ni kebulur viral je |
|
|
|
|
|
|
|
jual ubat tk brp nk jln dh kot.... kena boikot...
itu yg cepat naik angin tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan 1st time viral fonder ni
Ke ni nk free marketing ala ala hajah..
Bau2 bacang hajah jugak dia ni.. Ore Golden sand
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa ni adik kakak weiii... |
|
|
|
|
|
|
|
coppp ... nak tanya ... anak ni yg kahwin umo berapa belas tu ke ? yg sama2 meniaga online dengan suami dia tu? |
|
|
|
|
|
|
|
minah rempit kelas hujung pun jadi founder |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi hip hop snagat rantai acik ni... Thug life |
|
|
|
|
|
|
|
ponder ni lupa nak pakai kream merkuri satu tangan agaknya lmaoo lengan kaler asal lg sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Huii.. br 33.. pic suap nantu tu syeremm.. cengkung weii |
|
|
|
|
|
|
|
akuchenta replied at 16-6-2021 09:50 PM
Bukan 1st time viral fonder ni
Ke ni nk free marketing ala ala hajah..
Bau2 bacang hajah jugak ...
Gi kenduri pun pakai lanyard ke hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
3480 replied at 16-6-2021 10:16 PM
Huii.. br 33.. pic suap nantu tu syeremm.. cengkung weii
Aku lg seram klau dia pnh brsama dgn menantu. Jauhnye pemikiran |
|
|
|
|
|
|
|
Caca marbanya. Mak umo baru 33, dah dpt menantu. Anak baru umo 16, dah berlaki. Mmg ptt la kena cari duit sendiri ingatkan masih sekolah. Iols yg baca ni pun serabut kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 16-6-2021 10:21 PM
Aku lg seram klau dia pnh brsama dgn menantu. Jauhnye pemikiran
Adudu.. terpk jgk td tp ishh ishh jgn lahh.. hishhh nehi nehi |
|
|
|
|
|
|
| |
|