View: 1929|Reply: 3
|
Buat Filem Tak Pernah Untung, Aamir Khan Dedah Bapa Tak Pandai Meniaga Dan Hampi
[Copy link]
|
|
Membesar sebagai seorang anak penerbit filem, pelakon terkenal Bollywood iaitu Aamir Khan berkata ayahnya pernah berdepan kegagalan apabila filem dihasilkan tidak mendatangkan keuntungan.
Menurut Aamir, ayahnya iaitu Tahir Hussain pernah melalui pelbagai dugaan dan cabaran sukar semasa awal pembabitan dalam industri perfileman di India.
Foto: Hindustan Times
"Saya berasal dari keluarga filem, saya pernah melihat pak cik dan ayah membuat filem... ayah seorang produser yang sangat cekal.
"Tapi dia tak tahu macam mana nak berniaga, jadi dia tak pernah hasilkan keuntungan dan hanya berdepan masalah.
"Satu filem memerlukan beberapa tahun untuk disiapkan, ada yang perlukan sampai tiga tahun," katanya.
Dalam pada itu, Aamir berkata keluarganya pernah berdepan masalah kewangan sehingga hampir muflis.
"Dia berhutang agak banyak... kami hampir bankrup dan kami pernah hampir berada di jalanan waktu itu.
"Ibu pernah cerita... ayah mencari semula sijil ijazah kerana terlalu memerlukan kerja! Itulah situasi kami ketika itu," ujarnya.
Tahir Hussain mula berkecimpung dalam industri seni sejak 1961 dan menghembuskan nafas terakhir pada 2 Februari 2010. -CARI
Sumber: mStar/ Hindustan Times |
|
|
|
|
|
|
|
Biase la tu amir, org berjaya selalunya org yg kuat usaha dan tak pernah putus asa. Sekurangnya bapak ko tak pernah cerai dan kawin perempuan hindu. Org islam mana boleh kahwin x convert agama. #donekecam |
|
|
|
|
|
|
|
oh baru tahu bapak heolss penerbit filem patut la dia selalu terbit filem lain dari yg lain dia taknak repeat mistake bapak dia... |
|
|
|
|
|
|
| |
|