CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1865|Reply: 5

Tekanan bekerja di rumah lebih tinggi, majikan perlu bertolak ansur

[Copy link]
Post time 16-6-2021 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Majikan perlu bertolak ansur


TEKANAN bekerja dari rumah perlu diurus dengan baik, elak perubahan tingkah laku.


PENULARAN pandemik Covid-19 mengubah 'ekosistem' dunia pekerjaan daripada bekerja di pejabat kepada bekerja dari rumah.

Perubahan ini secara tidak langsung turut memberikan kesan kepada 'mood' untuk bekerja.

Sebilangan pekerja sudah bekerja dari rumah sejak pelaksanaan PKP 1.0 pada Mac tahun lalu.

Tempoh bekerja dari rumah yang berlarutan ini sudah tentunya menjadi cabaran terhadap kesihatan mental pekerja sepanjang pandemik ini.

Dekan Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Shukran Abd Rahman berkata, isu kesihatan mental pekerja perlu diberikan tumpuan bagi memastikan mereka kekal produktif sepanjang bekerja dari rumah.

Menurutnya, ini kerana khidmat mereka sangat diperlukan untuk membangunkan ekonomi negara.

"Kesihatan mental secara umumnya merujuk kepada tahap kesejahteraan diri individu daripada segi emosi, sosial dan kerohanian.

"Oleh itu, kita mahu individu (pekerja) mempunyai tahap kesejahteraan yang baik, iaitu mampu mengurus perasaan dan permintaan, akhirnya menjurus kepada tingkah laku baik," katanya.

Shukran berkata, melihat kepada manifestasi kesihatan mental ini, ia sebenarnya adalah dalam bentuk tingkah laku.

"Ada tingkah laku produktif, agresif, tidak produktif atau yang berbahaya.

"Ini kerana berkemungkinan ada isu berkaitan cara berfikir, maklumat diterima atau maklumat tidak sampai.

"Semua ini akan mencorak dan membentuk perasaan seperti cemas, tidak pasti, gusar serta takut hingga akhirnya membawa kepada tingkah laku yang memerlukan perhatian," katanya.

Jelas Shukran, ahli psikologi pekerjaan memang mengkaji dan menggariskan panduan umum yang boleh diguna pakai oleh majikan apabila berkomunikasi dengan pekerja ketika pandemik ini.

Shukran berkata, pekerja perlu mempunyai kesejahteraan diri kerana ia berkait rapat dengan kesihatan mental.

Katanya, maksudnya pekerja itu memiliki ketenangan dan kebahagian dalam diri sendiri. Keadaan ini membolehkan mereka untuk menguruskan pemikiran, perasaan dan akhirnya tingkah laku.


BEKERJA dari rumah, pada masa sama perlu menguruskan anak.

"Selain itu, mereka juga mampu berinteraksi dengan orang lain, persekitaran, rakan sekerja, ahli keluarga, kakitangan bawahan dan majikan.

"Malah, mereka juga mengetahui apa yang perlu dipertingkatkan dalam diri seperti aspek kemahiran dan ilmu pengetahuan supaya mampu berinteraksi secara baik sama ada dengan individu lain atau tuntutan pekerjaan," katanya.

Beliau berkata, bagi pekerja yang diuji seperti ditamatkan perkhidmatan dan pemotongan gaji, pastinya situasi ini sangat menekan emosi.

"Tanpa mereka sedar mempunyai kecenderungan kepada tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan mental.

"Contoh, kemurungan dan keganasan rumah tangga seperti yang dilaporkan berlaku ketika PKP 1.0.

"Ada pula suami yang menipu isteri keluar rumah setiap hari, seolah-olah pergi ke tempat kerja, sedangkan sudah ditamatkan perkhidmatan," katanya.

Menurutnya, bekerja dari rumah turut mempunyai cabarannya kerana selain bertanggungjawab menyelesaikan tugas hakiki, pada masa sama, pekerja perlu menguruskan anak.

"Kekangan bekerja dari rumah ialah kemudahan yang terhad berbanding di pejabat.


HUBUNGI rakan untuk mengurangkan tekanan.


"Ditambah pula tiada sokongan daripada rakan untuk mendapatkan buah fikiran seperti kelaziman yang dilakukan ketika bekerja di pejabat," katanya.

Tekanan bekerja dari rumah jika tidak diuruskan dengan baik boleh mencetuskan perubahan tingkah laku seperti tidak dapat menyiapkan kerja atau menghadirkan diri dalam mesyuarat maya.

"Sedangkan semasa bekerja di pejabat, dia adalah pekerja yang cekap dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah," katanya.

Menurut Shukran, dalam situasi ini, majikan disarankan supaya lebih bertolak ansur dan fleksibel dengan memberikan kebenaran serta 'kebebasan' kepada pekerja untuk menguruskan keluarga dan pada masa yang sama menyiapkan tugasan pejabat.

"Ini boleh mengurangkan tingkah laku yang tidak produktif dan mengelakkan timbulnya sebarang masalah lain pula, kepada diri, kerja atau organisasi tempat kerja.

"Ditambah pula ada tambahan pada skop kerja yang menjadikan pekerja ini bergelut dan tidak mencapai pencapaian ditetapkan majikan," katanya.

Menurut Shukran, sebelum pandemik, pekerja lebih banyak berurusan dengan tuntutan kerja.

Ketika pandemik, mereka berurusan pula dengan tuntutan suasana atau konteks semasa.

"Jika kita lihat, mungkin bidang tugas kita pada masa ini banyak berkaitan dengan aspek menguruskan suasana kerja yang perlu diselaraskan supaya sesuai dengan situasi Covid-19.

"Ketika ini, proses kerja sudah berubah apabila di pejabat, waktu bertugas tamat mengikut waktu pejabat.

"Bagaimanapun, semasa pandemik, waktu kerja berubah dan lebih fleksibel, asalkan tugasan diberikan dapat diselesaikan dengan sempurna," katanya.

Jelasnya, salah satu cara membina kesejahteraan pekerja ialah membina keupayaan baharu supaya mereka boleh berfungsi dalam suasana baharu pada masa hadapan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 04:54 AM | Show all posts
BEKERJA dari rumah...koligs dulu bising gak sebab kes meninggi tapi masih WIO...sekali big boss positif lps kontak rapat dgn staf...terus tutup opis, semua WFH...tu diaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 10:44 AM | Show all posts
Betul memang kena ada tolak ansur from the majikan, jika tidak 24 hours akan meminta macam-macam berbanding dengan kerja secara fizikal
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 01:16 PM | Show all posts
Baru balik kuaeantin, boss tu admitted lak...#kitajagakita sangat penting...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 01:09 PM | Show all posts
''An Englishman's Home Is His Castle'', kata2 yg kita selalu pakai. Ini bukan utk Englishman saja, tetapi membawa erti lebih besar iaitu rumah seseorang itu adalah tempat dia berehat bersantai, mengelak tekanan hidup etc.

Kerana Covid, pepatah ini tidak lagi tepat. Mereka yg terpaksa bekerja dari rumah dapati tiada lagi tempat utk hilang tekanan. Mereka perlu buat suatu bilik kecil yg mereka masuk hanya utk beristirehat selepas penat ''WFH''
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 03:08 PM | Show all posts
ipes2 replied at 18-6-2021 12:09 PM
''An Englishman's Home Is His Castle'', kata2 yg kita selalu pakai. Ini bukan utk Englishman saja, t ...

true enough...memang dah buat special spot @ living room for releasing positive vibes
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.070673 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list