View: 2955|Reply: 19
|
Peminat Seronok Mira Filzah Kembali Aktif Di TikTok
[Copy link]
|
|
Terkenal dengan tidak hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan sopan-santun, artis popular Mira Filzah atau pemilik nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, diakui antara wanita yang menjaga adab sebagai seorang muslimah sejati.
Bagai tampak sempurna karakter dirinya, namun mungkin ada yang tidak menyangka bahawa aktres ini sebenarnya bakal menjangkau usia 30 an dalam beberapa tahun lagi tetapi seperti tidak dimamah usia.
Foto: IG
Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala-galanya kerana berjaya mencipta pengaruh dan impak tersendiri, si cantik kelahiran Ipoh Perak ini mempunyai pesona dan aura yang bukan calang-calang.
Meskipun sering terlihat matang, namun isteri kepada lelaki pilihan, Wan Emir Astar ini sebenarnya mempunyai sisi manja dan nakal sehingga mampu mencuit hati apatah lagi melakarkan senyuman manis apabila melihat telatah selebriti ini.
Terbaharu, tak sangka! Ini rupanya wajah Mira Filzah ketika sudah lanjut usia kelak.
Memuat naik video di aplikasi TikTok, pelakon terkenal yang menjadi kegilaan ramai ini cuba mendapatkan bayangan wajahnya ketika berusia 85 tahun nampaknya masih lagi jelita meskipun kelak mempunyai kedutan faktor penuaan.
Video TikTok yang mencuit hati ramai itu memaparkan rupa paras Mira Filzah dengan perubahan bentuk wajahnya selepas disunting menggunakan sebuah aplikasi.
Aktres ini sememangnya bukan sahaja bersandarkan bakat semula jadi, malah mempunyai rupa paras dan elemen-elemen komersial yang diperlukan sebagai seorang anak seni.
Meskipun begitu, memiliki seraut wajah cantik bukan jaminan untuk melangkah ke persada hiburan dengan megah, tanpa bakat dan ilmu di dada. Selain rupa paras, tuah dan adab perlu seiring untuk memacu populariti.
Pesonaliti Mira Filzah yang manis dan sopan itu sentiasa menjadi penyejuk mata dan dikatakan tidak berlebihan dalam apa jua yang dilakukan meskipun kembali aktif membuat challenge TikTok.
Meskipun sudah lama menceburi aplkasi TikTok ini, rata-rata menyifatkan Mira Filzah bukanlah seorang selebriti yang terkinja-kinja dalam membuat sesuatu pembikinan video dan masih menjaga adab sebagai seorang wanita.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa pengikutnya berasa bingung dan seakan-akan tidak percaya bahawa selebriti ini juga bermain TikTok dan kini kembali aktif dengan video-video lucu dan menarik.
Menurut sumber sebuah laman portal, Mira sendiri pernah mengakui bahawa dia sememangnya mempunyai akaun TikTok atas nama @therealmfmirafilzah dan selebihnya ada akaun palsu yang hanya menggunakan namanya.
Meskipun dia baharu sahaja berjinak-jinak ingin menampilkan sudut perbeza mengenai dirinya yang selalu tampak serius dan berjaga-jaga, kali ini Mira mengalihkan pandangan peminat ke sudut riang dan santai hanya untuk suka-suka ketika mempunyai kelapangan. -CARI
Sumber: HOT FM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sila mengaku siapa peminat MF yang seronok sangat tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
artikel ni mira piljah tulis sundrik kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
sape je nak minat si muka basic ni yihhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun mampu setakat aktif kat tiktok tu..saja mls je |
|
|
|
|
|
|
|
Maap lah migha. Iols layan tik tok kat youtube yang orang susun2 jajan tu, kemas peti ais tu pastu konon nak tiru carilah kat shoppee. Sudahnya kelaut jugak cita2 ku itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada bakat??? Seriuslah |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bakat takde...tapi personaliti dia okay lah daripada kebanyakan Artis kat Malaysia ni. Sopan pun ye n bukan rider. Contoh yang baik utk anak2 muda skrg. So walaupun kadang2 dia ni annoying tapi aku taknak lah kutuk sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, ade pun thread netizen terhibur. Tp lain sikit la tajuk, peminat seronok.
Mane komen2 yang tunjuk peminat seronok tu? |
|
|
|
|
|
|
|
SERONOK??????
MY GOD..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex paling seronok kot |
|
|
|
|
|
|
|
nmpak tua dah mirafilzah..
btw dia x peknenlagi ke?
x silap adik ipar dia (bini adik lelaki dia) tu pon x peknen lagi kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai ke peminat dia |
|
|
|
|
|
|
|
nasib peminat dia je yang teruja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tengok syafiq naser nganjing mf je di tiktok |
|
|
|
|
|
|
|
belum lagi kot? baru ni kan dia ambil az.
bukan ke kalau pregnant tak boleh amik az?
kalau pfizer ok la utk pregnant/breastfeeding
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 19-6-2021 08:44 AM
belum lagi kot? baru ni kan dia ambil az.
bukan ke kalau pregnant tak boleh amik az?
kalau pfize ...
Lepas baca article ini, terus rasa happy semacam, rasa seronok, rasa gembira sangat. Lupa nak makan, minum, mandi, tido… teruja sangat2 nak tengok tiktok… tak sabar laa |
|
|
|
|
|
|
| |
|