CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2445|Reply: 5

Rawat wajah mudah dan pantas

[Copy link]
Post time 13-6-2021 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Rawat wajah mudah dan pantas





Amalan penjagaan wajah adalah aspek penting untuk memastikan kulit sihat, halus dan gebu tanpa mengira masa serta keadaan. Di kala pandemik COVID-19, rutin penjagaan kecantikan wajah tidak seharusnya diabaikan meskipun tidak dapat memanjakan diri di pusat kecantikan atau spa.

Walaupun kini tinggal di rumah sudah menjadi norma sosial, sekarang ada cara mudah dan pantas, tetapi hasilnya amat mengagumkan, iaitu dengan penggunaan topeng muka led, Curicare.

Dengan pengembangan teknologi terkemuka Korea, topeng muka Curicare menggabungkan 20 tahun penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri kecantikan.

Topeng wajah led hanya memerlukan rawatan selama lapan minit setiap sesi setiap hari boleh dilakukan sendiri di rumah dan mudah di bawa ke mana-mana sahaja.

Ia juga dilengkapi reka bentuk ergonomik dan futuristik dengan penjagaan spektrum penuh menutup dari garis rambut di dahi, melitupi zon-T hingga paras leher.

Penggunaannya memberikan pengalaman

menarik bagi merawat wajah kerana mempunyai empat mod dengan fungsi berbeza.

Tekan sahaja butang ikut pilihan, iaitu mod harian, 'calming mode', 'secret mode' dan 'rhythm mode' untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Mod harian - menggunakan cahaya inframerah yang tidak perlu risau silau dan merosakkan mata kerana dilengkapi dengan pelindung mata.

Peranti tanpa wayar yang juga mempunyai ventilator untuk bernafas dengan mudah.




Ia dapat meningkatkan keanjalan kulit dengan menghasilkan kolagen menerusi sinaran led yang meresap ke dalam tisu kulit, menambah keseimbangan kelenjar sebum, mengurangkan jerawat serta anti-penuaan.

Ia membantu mengawal melanin dan memperbaiki bintik-bintik hitam dengan melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

Mengurangkan garis halus

'Secret mode' - penggunaan cahaya led mesra kepada kulit sensitif, menembusi lapisan kulit yang paling dalam dalam sambil merangsang, mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru, menegang dan meningkatkan kolagen.

'Rhythm mode' - gabungan cahaya merah dan kuning ini pula mampu membantu melicinkan, mengurangkan garis halus kedutan, mencerahkan tona kulit dan memudahkan penyerapan pada kulit ketika menggunakan produk kecantikan.

'Claming mode' - lampu kuning dari mod ini membantu mengawal melanin dan memperbaiki bintik hitam dan jeragat.

Malah dengan penggunaan secara konsisten selama dua minggu membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan yang menyebabkan bintik kemerahan, kedutan, sambil memberikan kesan menenangkan ruam dan kulit sensitif.


Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki pompuan Korea semua kulit floles
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa rm mesin ni
Dah masuk Msia belum
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik ni ada further info?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka pun ada lbh kurang mcm ni.. tapi tak pernah try lg. Dah kat setahun tak usik lagi nnti kakak snap pic kaka tepek sini
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak punya yg mcm ni.. nak tepek sendiri punya puas cuba tak blh upload pulak. Mungkin besar sgt space nya. Nnti try ambik balik kasi kecik kan space.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.087687 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list