View: 2365|Reply: 14
|
Amelia Handerson Semakin Lancar Berbahasa Melayu
[Copy link]
|
|
Sejak kecil lagi, Amelia Henderson sudah mengatur langkahnya menceburi bidang seni.
Dia bukan sekadar aktif mengacara di televisyen untuk program kanak-kanak ketika itu, tapi terbabit juga dengan lakonan di pentas teater.
Kini, nama dan bakat dimiliki Amelia, 26, pastinya sudah tidak asing dalam kalangan penggiat seni tempatan, pihak produksi, stesen TV mahu pun peminatnya.
Foto: IG
Di Instagram saja, dia memiliki 958,000 pengikut.
Semakin banyak membintangi drama Melayu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson juga secara tidak langsung berjaya menepis dakwaan skeptikal yang sering menerjahnya sebelum ini berkaitan kelancaran penggunaan bahasa Melayu.
Menurutnya, dia sudah banyak belajar dan tidak perlu lagi terus dikaitkan dengan tahap penguasaan bahasa.
"Setiap orang mampu mencipta perubahan pada diri mereka apabila betul-betul berusaha. Bagi saya, buat masa sekarang perjalanan kerjaya lakonan sangat baik dan tawaran juga sentiasa ada.
"Malah, saya bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang kerana ada saja peluang baharu diperoleh. Terima kasih kepada semua penonton yang menyokong lakonan saya selama ini," katanya.
Amelia yang dilihat sering mendapat kepercayaan pihak produksi dan stesen TV untuk melakonkan karya 'berendam air mata' memaklumkan dia tidak pasti kenapa namanya kerap menjadi pilihan.
"Mungkin juga penonton memang suka tengok saya menangis dan didera emosi dengan watak berat. Sejujurnya, berlakon untuk karekter wanita teraniaya dan berendam air mata tidak mudah.
"Ia memerlukan penghayatan emosi yang tinggi dan fokus. Begitu juga komitmen yang perlu saya berikan untuk watak itu dengan sepenuh jiwa. Cabarannya agak besar tapi, saya pastikan cuba buat dengan baik," katanya.
Mengulas juga gelaran 'ratu air mata' yang wajar menjadi miliknya, Amelia berkata sukar untuk dia berasakan dirinya sudah layak mendapat penghargaan sehebat itu.
"Apapun, saya tak nafikan kebanyakan drama yang dilakonkan memang watak diterima itu cukup berat. Kena menangis dan bermain emosi yang ada kala saya rasa agak memenatkan juga.
"Tapi, saya sukakan cabaran dan tak pernah terlintas pun di fikiran saya mengenai gelaran 'ratu air mata' itu. Apa yang saya tahu, sesuatu watak diterima itu kerana saya sangat menyukainya. Saya mahu melakonkannya untuk timba pengalaman," katanya.
Menurut Amelia, sebagai pelakon dia kurang selesa jika sering membawakan watak yang ada persamaan dengan diri sendiri. Jelasnya, ia tidak banyak membantu untuk dia belajar mendalami karekter berkenaan.
"Jadi, biarlah saya cuba melakonkan watak berbeza dengan keperibadian diri dan kalau ada persamaan pun tidak banyak. Saya pun akan lebih seronok untuk menerokai karekter berkenaan," katanya.
Antara drama air mata lakonan Amelia yang cukup menarik perhatian penonton di TV3 ialah Cinta Non Grata, Jangan Benci Cintaku, Rindu Yang Terindah dan Pengantin Satu Malam.
Selain drama, Amelia juga pernah membintangi filem seperti Talentime dan Pisau Cukur. Terbaharu, pada 1 Jun lalu filem aksi berjudul J2: J Retribusi lakonannya sudah menemui penonton di platform penstriman, Disney+ Hotstar.
Filem dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Allahyarham Ashraf Sinclair dan Datuk Rosyam Nor itu adalah sekual filem J Revolusi yang diterbitkan pada 2017. Malah, penggambaran J2: J Retribusi dibuat pada 2019 di Johor Bahru.
Berbicara mengenai wataknya, Amelia berkata dia melakonkan watak Amy, pekerja hotel yang akhirnya terbabit dengan konflik tidak diduga.
"Saya sebenarnya macam tak percaya sudah cabar diri berlakon filem aksi. Ditambah lagi, ia memerlukan saya membuat aksi lasak sendiri seperti bertarung dan satu pengalaman baru.
"Walaupun aksinya taklah banyak, tapi ia bukan mudah nak dibuat. Jujur diakui, badan saya sakit-sakit selepas terbabit melakukannya. Maklum saja, tak biasa," katanya.
Mengakui gementar berganding dengan Zul dalam filem itu, Amelia berkata apapun dia sudah membuat yang terbaik untuk wataknya. Katanya, dia berharap filem J2: J Retribusi akan menerima sambutan baik dari penonton Disney+ Hotstar.
Ujar Amelia, J2: J Retribusi kali ini padat dengan aksi dan jalan cerita juga berbeza dengan filem terdahulu. Justeru, pelakon lain turut terbabit dalam filem ini ialah Chen Yi Ming, Theebaan G dan pelakon cilik, Ainin Batrisya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Semuga dpt lenturkan kayu jati tu jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia cantik ok,aku suka |
|
|
|
|
|
|
|
Dia Indian Sri Lanka belah mak dia and Scottish belah bapak dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo baru 26 ye dia, semakin kurus pulak nampak dia, kecik je orgnya ye |
|
|
|
|
|
|
|
i sampai sekarang tertanya kenapa la dia kawen awal dulu.t tu la takdir seseorang. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah nampak irl, memang cantik orangnya
ingat ke tinggi benar, maybe dalam 170cm camtu
nampak dia tengah berlari, dah lambat kot nak sampai set |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dari awal ke dia ni fasih cakap melayu.. mcm dah selalu bergaul dengan melayu..
dulu dia pernah berlakon extra drama apa tah tajuk lupa yg dgn zahirah mcwilson tu..
dalam drama tu siap tahu cakap jargon2 melayu macam "ko ghaser?" dengan intonasi dan nada yang betul |
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 11-6-2021 04:13 PM
bukan dari awal ke dia ni fasih cakap melayu.. mcm dah selalu bergaul dengan melayu..
dulu dia pern ...
Sekolah rendah sheols sekolah kebangsaan kecik2 dulu selalu masuk tb berpantun ( tuanya iols hahahah)
Sekolah menengah sheols masuk int. School |
|
|
|
|
|
|
|
Setahu iols,amelia ni fasih je bm. Takdelah obvious sgt pelat2 mat saleh sheols tu. Lakonan dia bagi iols ok je,takdelah kayu jati tahap tgk pon boleh meluat |
|
|
|
|
|
|
| |
|