CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2476|Reply: 33

Korea Utara Pun Kecam Israel Bunuh Kanak-kanak Palestin

[Copy link]
Post time 8-6-2021 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Korea Utara mengutuk Israel kerana menukar  Semenanjung Gaza menjadi ‘rumah penyembelihan manusia dan tempat pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak’ susulan konflik terkini antara Rejim Zionis dan pergerakan Hamas, lapor majalah News Week.


Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Korea Utara menyatakan bahawa ‘jenayah kejam Israel membunuh kanak-kanak masih belum memuncak dan menjadi cabaran serius kepada masa depan kemanusiaan di samping merupakan jenayah terhadap kemanusiaan’.




Gambar dirakam kelmarin menunjukkan Kim Jong-un mempengerusikan mesyuarat bersama barisan pemimpin kanan Korea Utara di Pyongyang. - AFP





“Keseluruhan Semenanjung Gaza bertukar menjadi rumah penyembelihan dan tempat pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak.


“Tidak lama selepas pengeboman berakhir, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu  dan pihak berkuasa Israel cuba menyembunyikan jenayah mereka termasuk membunuh kanak-kanak,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.


Tambahnya, media antarabangsa ‘mengutuk keras Israel kerana berterusan membunuh kanak-kanak dan menuduh Rejim Zionis sebagai pihak bertanggungjawab mengusir penduduk Plaestin, meluaskan penempatan haram Yahudi dan menyemai kebencian dengan menghalang orang Islam solat secara aman.


Pertempuran terbaharu antara Israel dan Hamas di Gaza mengakibatkan beribu-ribu premis perniagaan dan rumah musnah. Seramai seratus ribu penduduk turut menjadi pelarian di Semenanjung Gaza.


Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan, kira-kira 24 penduduk Palestin terbunuh dalam konflik selama 11 hari tersebut. Beberapa pegawai melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh di Israel.


Satu gencatan senjata dilaksanakan selepas sebulan ketegangan antara kedua-dua belah pihak memuncak. Israel dan Palestin masing-masing mendakwa memperoleh kemenangan dalam konflik tersebut.








Korea Utara sudah lama mengiktiraf kedaulatan Palestin di semua  wilayah Palestin yang diduduki Israel kecuali Bukit Golan.


Pyongyang menganggap Israel sebagai ‘satelit imperial’ yang bercanggah dengan ideologi antipenjajah Korea Utara.


Selama beberapa dekad, keluarga Pemimpin Tertinggi, Kim Jong Un memihak kepada  pejuang Palestin termasuk Hamas.


Dalam tahun 199 -an  bekas pemimpin tertinggi Korea Utara,  Kim Jong Il membantu bekas duta Palestin ke Korea Utara, Mustafa Safarini mendapat rawatan kesuburan selepas menjalin hubungan rapat dengan pegawai Pyongyang, demikian menurut laman  berita NK News.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh abg sendiri pun kejam juga - nentahyul mbak friska
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Soooooooo ???? Nak kata dpt hidayah ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia punya kejam dia tak pikir
Sama je komunis dgn zionis!
Korang takde beza!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
{:yameteh{:yameteh{:yameteh{:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok I is confused now
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
NK bunuh adult je ke setakat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Paku dulang paku serpih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha...mentang mentang le yisrael sekutu yamerika..laju je ko nk cite pasal moral bagai....patut diazankan kt telinga kim jongul ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Ini baru betul berita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Fenomena gerhana matahari
https://stfly.me/nC3Yo
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 09:28 PM | Show all posts
Hamas <---> Korut

nampak tak?

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat dia bunuh kanak2 salah sebab belum boleh fikir untuk memilih dia, bunuh orang dewasa yang tak memihak dia tak apa. Walaupun sebenarnya sama saja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewww
Meeting kena tulis ats peha
Kenapa x bersimpuh ats lantai je terus
Blh sambil2 baring

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 10:04 PM | Show all posts
ada tk dia kata...

kalau nk bunuh pilih yg tua2 sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 8-6-2021 10:00 PM
Ewww
Meeting kena tulis ats peha
Kenapa x bersimpuh ats lantai je terus

Mau kena tembak 12 das ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 8-6-2021 10:06 PM
Mau kena tembak 12 das ke?

Koh koh koh

Sikit2 nk tembak





Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 8-6-2021 10:11 PM
Koh koh koh

Sikit2 nk tembak

Betul. Menteri pendidikan pun sudah kena dengan skuad penembak pada tahun 2016, sebab duduk posisi tak betul dalam mesyuarat bersama budak gemuk terencat akal itu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo okay...ingtkan xde hati perut {:run
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejahat2 korea utara

jahat lagi yahudi zionis

serta penjilat2 nya dalam porem ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.394994 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list