Penampilan selebriti, Abby Abadi sejak akhir-akhir menjadi bualan. Manakan tidak, pelakon Gerak Khas ini kelihatan lebih langsing dengan solekan tebal mengimbas kembali zaman kegemilangannya bersama kumpulan Elite satu ketika dahulu.
Malahan, dalam beberapa sudut, netizen mengatakan yang wajah Abby saling tidak tumpah seperti aktres, Erra Fazira.
Foto G
Dalam beberapa video yang dipaparkan, kelihatan Abby menggunakan solekan yang sama ketika membuat ulasan poduk. Dan setiap kali itu lah, ada komen yang menyatakan Abby mirip Erra termasuklah daripada rakan artis sendiri.
Foto : IG
Menurut Abby, dia menyolek wajahnya sendiri dan gembira apabila ia mendapat perhatian.
"Untukmu Sahabatku @azzaelite. Awak tak sabar nak tengok kita makeup sendiri harini kan? Pommm pomm meletup tak?"
Foto : IG
Jadi, adakah ianya kerana Abby semakin kurus atau kerana solekannya yang membuatkan ibu kepada enam anak ini semakin cantik? - CARI
|