View: 920|Reply: 5
|
Netanyahu Tuduh Bennet Langgar Janji Manifesto
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad mendakwa pakatan baharu yang dibentuk untuk menyingkirkannya merupakan hasil penipuan terbesar proses demokrasi iatu pilihan raya.
Beliau membuat tuduhan berkenaan pada saat-saat akhir dan menumpukan kepada bakal penggantinya Naftali Bennet yang dikatakan melanggar janji manifesto kempennya.
Kredit foto: CNBC
"Kita sedang menyaksikan penipuan pilihan raya terbesar dalam sejarah negara ini, malah, pada pandangan saya, terbesar dalam sejarah mana-mana demokrasi pun.
"Itulah sebabnya mengapa rakyat rasa tertipu dan bertindak balas, mereka tidak boleh berdiam diri," katanya di depan anggota parti Likud pimpinannya.
Bennet, yang disebut-sebut bakal menjadi Perdana Menteri baharu, pada Rabu membuat perjanjan untuk bekerjasama dengan lapan parti dalam arena politik Israel.
Bennett sebelum ini berjanji untuk tidak bekerjasama dengan parti Arab berhaluan kiri dan kelompok tengah.
Bagaimanapun, pada Rabu, beliau bersama pemimpin pembangkang Yair Lapid mengumumkan pembentukan gabungan baharu bersama puak-puak dari seluruh spektrum politik.
Pelantikan Perdana Menteri baharu dijadual berlangsung pada 14 Jun.
Netanyahu merupakan perdana menteri paling lama memegang tampuk pemerintahan iaitu sejak 2009.
Beliau juga terpalit dengan beberapa tuduhan rasuah, namun menafikan terlibat dalam perkara seperti itu.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu...di Malaysia pulok...'Manifesto bukan kitab suci' |
|
|
|
|
|
|
|
Ni belajar main politik dekat Malaysia ni. Lain macam mainan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Gov tebuk atap israhell |
|
|
|
|
|
|
|
Ni neta..nak habaq mai..meh belajaq ngn malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...yahudi ni tau proses demokrasi ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|