CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1746|Reply: 5

Simon Cowell batal kontrak juri dengan X Factor Israel

[Copy link]
Post time 1-6-2021 12:46 PM | Show all posts |Read mode

SIMON COWELL menunjukkan bantahan terhadap Israel dengan cara membatalkan penampilannya dalam musim akan datang, X Factor Israel.

Simon Cowell batal kontrak juri dengan X Factor Israel

BANTAHAN dunia, khususnya selebriti antarabangsa terhadap isu keganasan Israel semakin berterusan apabila pengkritik program realiti bermulut lancang, Simon Cowell pula membatalkan penampilannya sebagai juri musim akan datang, X Factor Israel.

Memetik laporan majalah Variety, penghujung tahun lalu, Simon atau nama lengkapnya, Simon Phillip Cowell telah menandatangani satu kontrak sebagai salah seorang juri program realiti berkenaan yang dijadualkan memulakan produksi sekitar Jun ini.

Bagaimanapun, Ahad lalu, jurucakap saluran televisyen, Reshet yang menerbitkan X Factor Israel memberitahu Variety bahawa Simon tiba-tiba membatalkan penglibatannya dalam program berkenaan atas kehendak dan alasannya sendiri.


PROGRAM X Factor Israel mula bersiaran sejak 2013.

Bagaimanapun, Reshet enggan memberitahu sama ada Simon masih terlibat dalam program realiti itu walaupun tidak duduk di bangku penjurian.

Menguatkan desas-desus pembatalannya minggu lalu, seorang wakil Reshet memberitahu bahawa staf Simon telah menghubungi pihaknya dengan legitimate concerns (dasar keperihatinan) berhubung penyertaannya dalam program tersebut itu setelah keganasan Israel dan Hamas di Gaza baru-baru ini, tetapi pada masa itu dia tidak membuat keputusan muktamad.

Simon mengalami kecederaan belakang badan ekoran kemalangan tahun lalu dan terpaksa berhenti daripada sebarang program televisyen kerana perlu mendapatkan rawatan intensif untuk sembuh.

Buat masa sekarang, dia hanya membuat kemunculan sebagai juri America’s Got Talent yang disiarkan saluran NBC. – K! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg baru banyak yg buka mata buka minda dengan kebenaran konflik palestine-israel. Tak mcm zaman dulu media jahat senang2 je brainwash. Tp ada juga yg masih buta peghot buta hati. Iols jahat dan pendosa tp aku tak sokong israel. Hidup palestin!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb: Zaman skrg baru banyak yg buka mata buka minda dengan kebenaran konflik palestine-israel. Tak mcm zaman dulu media jahat senang2 je brainwash. Tp ada  ...


Padahal die batalkan sbb die bimbang keselamatan die jer. Apsal ramai igt mamat ni sokong Palestine?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ada donate duit to military Israel kan, so tu la, mungkin dia risau his safety je
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat la dia pakai baju nampak bubis?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka terlebih botox
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057922 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list