CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1053|Reply: 2

Ketagih TikTok, Kanak-kanak Boleh Jadi Sasaran Pedofil

  [Copy link]
Post time 1-6-2021 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak berumur empat hingga 15 tahun menghabiskan purata 80 minit sehari di TikTok  berbanding 85 minit sehari menonton video di YouTube.


Menurut Dr Ruziana, Pensyarah Perubatan dan Pakar Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Universiti Putra Malaysia, maklumat berkenaan berdasarkan data dalam laporan tahunan oleh Qustodio (aplikasi kawalan keibubapaan berpangkalan di Barcelona, Sepanyol), daripada 60,000 keluarga dengan anak-anak berusia empat hingga 14 tahun di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Sepanyol.








Tegasnya, medium sosial ini perlu dilihat lebih meluas lagi dengan kesan berpanjangan dari sudut negatif terutama apabila penggunaan TikTok mengundang bahaya kepada kanak-kanak yang berpotensi terkena Pemangsa Seksual atau Pengantunan Seksual.


"Walaupun platform ini berusaha keras untuk mengurangkan risiko pemangsa seksual dalam kalangan anak-anak di bawah umur, masalah ini masih berleluasa di TikTok. Contohnya, individu dewasa boleh menghantar mesej dan gambar berbentuk seksual kepada kanak-kanak. Terdapat banyak kejadian di mana ibu bapa harus melaporkan tingkah laku pemangsa kepada polis," katanya.


Menurut beliau lagi, lebih membahayakan penggunaan TikTok boleh memudaratkan privasi di mana aplikasi tersebut boleh menggadai privasi kanak-kanak, remaja serta keluarga mereka.


"Contohnya, apabila anak-anak membuat video di rumah mereka, mereka mendedahkan ruang privasi di dalam rumah, berkongsi lokasi, mempamerkan kereta ibu bapa mereka dan mempamerkan nombor plat kenderaan”. Akibatnya, pihak tidak bertanggungjawab boleh mengambil peluang atas maklumat-maklumat peribadi sebegini dan pelbagai ugutan, jenayah siber, mahupun jenayah secara fizikal boleh berlaku.


“Kanak-kanak atau remaja juga boleh menjadi obsesif dengan penampilan mereka. Ada dalam kalangan kanak-kanak atau remaja yang menggunakan aplikasi ini untuk sentiasa meningkatkan penampilan mereka bagi menarik perhatian pengikut mereka dan orang lain," jelasnya.




Gambar hiasan/Forbes




Sementara itu, pakar Psikologi Universiti SEGi, Kota Damansara, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor berkata, sekiranya salah gaya penggunaan aplikasi itu di samping membuat atau menonton tontonan yang salah ia boleh meninggalkan impak negatif.


"Apabila pengisian tontonan lebih kepada unsur seksual, tontonan dan penggunaan TikTok dalam kalangan kanak kanak boleh mempengaruhi minda, perasaan dan juga tingkah laku mereka.


“Sama ada tontonan atau pelakuan yang mereka mainkan sendiri dalam TikTok menggambarkan pemikiran mereka dan jika tidak dikawalselia bahkan menjadikan TikTok sebagai platform untuk meluahkan emosi, perasaan serta tingkah laku.


"astinya mereka akan jadi tontonan ramai dan secara tidak langsung privasi kanak kanak diceroboh dan mereka juga boleh menjadi sasaran pedofil yang memang sentiasa ingin mendapatkan wajah kanak-kanak dengan mudah boleh didapati dari tontonan TikTok.


“Kanak-kanak ini juga boleh menjadi mangsa terhadap mereka yang sentiasa mahu mencari peluang dan kesempatan dari platform Tiktok ini," ujarnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiktok ni dlu pun ada isu Jual data kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 i tgk budak2 tiktok mcm meminta jd mangsa pedo pon ado. Tergedik2 dlm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053933 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list