|
View: 1624|Reply: 6
|
Empat Lelaki Belasah Pembantu Kedai Herba Sampai Mati
[Copy link]
|
|
|
Seorang pembantu kedai mati dipercayai dibunuh dalam satu kejadian pukul membabitkan empat lelaki di sebuah premis berhampiran Pasar Awam Buntong di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 1.15 petang itu, mangsa lelaki berusia 31 tahun ditemui oleh rakan sekerjanya dalam keadaan tertiarap di ruang bilik kedai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa sebelum itu didatangi empat lelaki dan kemudiannya berlaku pertengkaran kira-kira 5 minit.
"Rakan sekerja yang bertugas sebagai juruwang kedai itu mendakwa, empat lelaki berkenaan datang ke kedai mencari mangsa dan sebaik menemui mangsa berlaku bunyi bising dari bilik terbabit.
"Sebaik sahaja empat lelaki itu beredar, dia memberanikan diri melihat keadaan mangsa sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri.
"Dia segera menghubungi ambulans dan petugas kesihatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang dikenali sebagai Boy itu baru sahaja bekerja sebagai pembantu kedai yang menjual herba kira-kira lebih sebulan lalu dan ada mengadu tidak sihat beberapa hari lalu.
Katanya, semakan mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod kes jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.
"Kita klasifikasikan awal kes ini sebagai bunuh dan polis akan menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui punca serta motif kejadian.
"Siasatan dilakukan daripada semua aspek termasuk kemungkinan mangsa menerima ugutan atau kejadian ini ada kaitan dengan penglibatan mana-mana kumpulan penjenayah memandangkan mangsa mempunyai beberapa rekod lampau," katanya.
Asmadi menambah, polis kini giat menjejaki dan mengenal pasti identiti empat lelaki yang terlibat itu.
"Orang awam yang mempunyai makluman berkaitan kes ini tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga penjenayah2 tersebut dapat ditangkap dan dihukum berat secepat mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mangsa ada kes dadah sebelum ni?adeh gaduh pasal dadah le ni.muda lagi dik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya cal polis masa pergaduhan berlaku.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkan lah kena pukul smp mati pasal herba tu tak berkesankan? Paling kuat pun, mesti di cerca lawan molot.
Ni mesti drug deal gone wrong. Samada mangsa takbayar. Or jual dadah yg low class. Mcm class Jahudi sekeluarga. Very the smelly and lower than longkang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti yg lagi 4 tu taik dadah... Esok yg lagi 4 tu pun ikut mampus |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada kes luar ni. Xda kaitan dgn kedai herba. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|