View: 1182|Reply: 2
|
[Tempatan]
Sultan Johor cadang PKP penuh bersasar ikut negeri
[Copy link]
|
|
Sultan Johor cadang PKP penuh bersasar ikut negeri
https://www.malaysiakini.com/news/576547
Diterbitkan 28 May 2021, 5:36 pm
Dikemaskini 5:38 pm
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mencadangkan kepada kerajaan agar melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh secara bersasar bagi negeri bersempadan.
Titah baginda, dengan cara ini bilangan kes Covid-19 dapat ditangani tanpa menutup kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya.
“Saya mencadangkan lockdown penuh secara bersasar mengikut negeri ataupun rantau.
“Contohnya, zon selatan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ‘full lockdown’ selama dua minggu, diikuti zon lain seperti di pantai timur (Pahang, Terengganu, Kelantan).
"Negeri yang tidak lockdown boleh meneruskan kegiatan ekonomi di bawah peraturan PKP kawasan masing-masing.
“Dengan ini, kita menangani bilangan kes tanpa menutup kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya,” titah Baginda dalam satu kenyataan yang disiarkan di lan Facebook rasmi baginda petang ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ampung tuanku...
Nak bersasar camno?
Semua dah berkecamuk...caca merba..
Top down.
Kahkahkahkahkahkah
Ampung tuangku..beribu ribu ampung |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan ni terdapat juga dalam kalangan marhaen. Apakan daya gomen mungkin punya justifikasi sendiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|