CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5645|Reply: 15

[Cadangan] Boleh ke penumpang yang tercedera saman pemilik LRT?

[Copy link]
Post time 25-5-2021 10:52 AM | Show all posts |Read mode
1) Boleh ke penumpang yang tercedera saman pemilik LRT?

Ya, boleh sangat.

2) Apa yang boleh diorang saman?

- Ganti rugi yuran perubatan
- Ganti rugi kesakitan
- Ganti rugi kecederaan emosi
- Ganti rugi kerugian sekiranya tidak dapat bekerja disebabkan kemalangan ini

... Dan lain-lain.

3) Berapa boleh dapat?

Susah nak cakap. Kalau nak letak harga, rasanya dalam RM5k-RM50k kot. Tapi mungkin kurang, dan mungkin lebih. Semua bergantung kepada tahap serius kecederaan dan nilai kehilangan.

4) Masing-masing kena pasang peguam ke?

Ya. Carilah peguam yang expert bab-bab saman sivil macam ni. Ada beberapa peguam yang mahir bab-bab ni, ada yang tidak. Pilih lah yang trusted.

Malah, kalau diorang guna satu peguam terus pun boleh. Saman secara kolektif. Yuran guamannya nanti pandai-pandailah deal.

5) Bila boleh saman?

Esok pun boleh. Tapi elok saman lepas dapat laporan perubatan. Bagi elok dulu luka-luka tu, baru fikir pasal hal saman menyaman ni.

6) Kalau dah ada insurans, boleh lagi ke saman?

Insurans tu insurans lah. Saman, saman lah. Dua perkara berbeza. Kita boleh dapat dua-dua.

7) Kalau ada yang maut, nak saman macam mana?

Rasanya takda siapa terkorban dalam kes ni. Tapi kalaulah ada, ahli keluarga lah akan samankan.

8) Kenapa nak salahkan pemilik LRT? Ini kan kemalangan. Semua orang tak jangka ini boleh berlaku.

Sebab benda tak jangka lah, kita nak saman orang yang perlu bertanggungjawab. Kalau sebut kemalangan, semua orang tak jangka. Jadi, kita perlu timbulkan soalan:

i- Betul ke benda ni tak jangka?
ii- Dan kalau betul ia kes yang tak dijangka, siapa perlu ambil langkah pencegahan?
iii- Orang yang perlu ambil langkah pencegahan tu, betul ke dia ambil langkah pencegahan?

Kalau syarikat dah ambil langkah pencegahan sepenuhnya, tetapi insiden masih berlaku, kemungkinan mereka boleh terlepas.

Tapi kalau terbukti yang syarikat tak ambil langkah pencegahan sepenuhnya, maka, mereka bersalah.

9) Kalau penumpang yang tak cedera fizikal, tapi dia trauma. Boleh saman tak?

Boleh. Tapi ganti ruginya mungkin taklah sebanyak yang cedera fizikal.

10) Sampai bila mangsa boleh saman?

Tempoh mangsa kemalangan boleh saman adalah 6 tahun lepas kemalangan. Lepas 6 tahun, saman susah nak dilayan.

Kita doakan agar kesemua penumpang dalam keadaan selamat, sejahtera, tidak alami kesusahan dan dipermudahkan urusan.

Moga kesemua dapat keadilan sewajarnya.


Peguam Mufarwa Farid
Messrs Hanif Hassan & Co


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2021 10:54 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR - Bantuan khas RM1,000 akan diberikan kepada 213 mangsa yang terlibat dalam melibatkan dua tren di Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada malam Isnin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya juga akan memberi jaminan akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan LRT.

Dalam kejadian pada jam 8.45 malam Isnin, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

AKAN MENYUSUL

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... has-RM1000-Tajuddin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 11:24 AM | Show all posts
Thankyou good info!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2021 11:27 AM | Show all posts
dan menurut peguam tu lagi, yang RM1000 tu bantuan khas. bukan pampasan.

so proceed saman lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2021 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
[856.21] TAKZIAH BUAT MANGSA KEMALANGAN LRT

"Boleh claim gantirugi ke atas kemalangan LRT semalam?"

Pihak kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah buat mangsa dan keluarga tragedi LRT Kelana Jaya di sekitar KLCC semalam.

Semoga semua tabah dan diberikan kesembuhan. Namun, ada bertanya tentang gantirugi. Keluarga mereka barangkali.

Terdapat beberapa gantirugi dan tuntutan boleh dibuat. Antaranya;

Pertama, Tuntutan insuran peribadi - jika mangsa yang terlibat mempunyai insuran peribadi. Tertakluk kepada syarat dan terma di dalam polisi mereka ambil.

Kedua, Tuntutan insuran syarikat - Jika syarikat mengambil insuran berkelompok bagi pekerja mereka. Tertakluk kepada syarat dan terma di dalam polisi mereka ambil.

Ketiga, Tuntutan Insuran syarikat yang bertanggungjawab kepada LRT -  Jika mereka ada menyediakan insuran bagi kemalangan dan malapetaka di dalam perjalanan perniagaan mereka sebegini.

Keempat, Gantirugi khusus daripada Syarikat yang bertanggungjawab kepada LRT - Syarikat boleh memberikan gantirugi secara khusus. Biasanya dibuat jika dituntut mangsa.

Kelima, Tuntutan lain-lain insuran - Jika ada oleh badan tertentu yang terlibat dan bersangkutan dengan jenis pengangkutan dan syarikat berkenaan.

Keenam, Tuntutan Sivil - Boleh dibawa ke mahkamah untuk tuntutan berkenaan jika tiada pampasan / gantirugi diberikan. Ini termasuk kesemua perkara di atas jika tidak diberikan gantirugi ke atas tuntutan atau tuntutan tidak berpatutan.

Itu sahaja bagi penerangan ringkas. Terima kasih.

Hisham Nazir & Cronies
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 11:55 AM | Show all posts
Ada ejen insurans habaq kat I,  kalau kemalangan public trasport yang menyebabkan kematian boleh dapat pampasan 300%
itu kalau meninggal la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2021 12:01 PM | Show all posts
Cekla replied at 25-5-2021 11:55 AM
Ada ejen insurans habaq kat I,  kalau kemalangan public trasport yang menyebabkan kematian boleh dap ...

ada ni dorang dok fwd msg. sat carik.

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 12:10 PM | Show all posts
Cekla replied at 25-5-2021 11:55 AM
Ada ejen insurans habaq kat I,  kalau kemalangan public trasport yang menyebabkan kematian boleh dap ...

tengok polisi yang prasarana ambil sis.
kena tengok if ada stated in their condition of carriage - syarat-syarat pengangkutan penumpang. lain transport provider lain syaratnya. but yes memang ada khas untuk pampasan, claim n insurans.
saman jahhh..hak penumpang. dapat ke tak ke itu belakang kira. prosesnya lama especially jika melibatkan bayaran selain kos rawatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2021 12:28 PM | Show all posts
Enam mangsa tragedi LRT tenat

Diterbitkan 25 May 2021, 10:47 am
Dikemaskini 10:54 am

Enam penumpang yang terlibat dalam kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan kritikal.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di Twitternya, tiga daripada mereka terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Annuar berkata 15 penumpang lagi berada dalam keadaan separa kritikal manakala 43 orang lagi tidak kritikal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2021 01:18 PM | Show all posts
LRT bertembung: Bantuan khas RM1,000 kepada 213 mangsa

Harits Asyraf Hasnan
Mei 25, 2021 11:03 MYT

Antara penumpang yang mengalami kecederaan apabila dua tren LRT terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen KLCC malam tadi. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd akan memberi bantuan khas berjumlah RM1,000 setiap seorang bagi semua 213 mangsa yang terlibat dalam nahas pertembungan LRT malam tadi.

Pengerusinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, bantuan itu akan diberikan kepada semua individu tanpa mengira tahap kecederaan yang dialami.

"Selain itu, kita juga akan memberi bantuan khas kepada mereka yang dimasukkan ke hospital termasuk menanggung kos perubatan, rawatan susulan dan sebagainya, sejak mula masuk hingga pulih semula.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 01:41 PM | Show all posts
ketupatnasi replied at 25-5-2021 12:10 PM
tengok polisi yang prasarana ambil sis.
kena tengok if ada stated in their condition of carriage  ...

Yg i maksudkan ni rasanya insurans peribadi..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2021 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemalangan LRT: Dua penumpang selesai jalani pembedahan otak dan seorang lagi perlu rawatan cerebral resuscitation - Pengarah HKL

https://t.co/Ih0GfpoNfh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila berlaku kemalangan macam semalam, ‘bayaran awal’ RM1,000 yang diumumkan oleh Prasarana perlu dinilai dengan berhati-hati oleh mangsa-mangsa terlibat. Jika silap langkah, anda mungkin hanya akan dapat RM1,000 sahaja sedangkan anda sebenarnya berhak dapat lebih daripada tu.

Kalau masa nak dapat RM1,000 tu kena sign itu & ini, sila baca betul-betul jangan main sign je. Kalau yang anda sign tu ada ‘waiver clause’, jangan sign.

Apa itu waiver clause? Ia merupakan satu pengecualian dari tuntutan saman yang jika diterima oleh anda, anda melepaskan atau waive hak anda dari menuntut ganti rugi dalam mahkamah di kemudian hari.

Ini merugikan. Bayangkan jika anda patah riuk cuma dapat RM1,000 sahaja. Sedangkan anda boleh tuntut berpuluh ribu malah ratusan ribu.

Ada sesetengah kes boleh sampai jutaan ringgit.

Badan Peguam Malaysia & Badan Kehakiman dah keluarkan garis panduan jumlah ganti rugi yang sepatutnya anda dapat jika berlaku kemalangan. Semua jenis kecacatan ada, dari patah sebatang gigi hingga patah kaki. Ia dipanggil Compendium of Personal Injury Awards.

Di bawah adalah sebahagian sahaja daripada jumlah ganti rugi dalam compendium tu. Kalau nak tahu info lebih lanjut, hubungi peguam anda dan dapatkan nasihat mereka.

Join group ‘PEGUAM & PENGGUNA MALAYSIA (PPM)’ jika anda mempunyai persoalan berkaitan hak dan undang-undang atau mencari penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi. This is No.1 legal support group in Malaysia!

Click to join now!
https://www.facebook.com/groups/332053270624408/

Subscribe to our Youtube channel
https://www.youtube.com/channel/UCcaRJOZOn47_JQDsfE8pE7A

Visit our website
JUMPAKATMAHKAMAH.com
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Langgar org siap sembang normal accident mcm xde remorse siap bg 1k je.. Xturun padang acah nyawa org xde harga.. Mmg selayaknya org tuwe ni ptt kena covid sama cm manak stingy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluarga penumpang cedera parah tuntut RM1.8 juta dari Prasarana

Diterbitkan 31 May 2021, 4:22 pm
Dikemaskini 4:47 pm

Wong Chee Foong, 52, mengalami kecederaan serius di kepala dan tulang belakang dalam pelanggaran antara dua tren LRT baru-baru ini.

Bapa kepada empat cahaya mata itu masih berada di unit rawatan rapi (ICU) dan belum sedarkan diri.

Keluarganya kini menuntut pampasan dan ganti rugi kecuaian berjumlah RM1.8 juta daripada pengendali LRT Prasarana Malaysia Bhd.

Dalam satu kenyataan, peguam keluarga Jazzmin Khoo berkata tuntutan itu merangkumi perbelanjaan perubatan, kerosakan fizikal, tekanan mental dan emosi, trauma, kehilangan pendapatan, ganti rugi khas dan umum akibat kecuaian yang disebabkannya.

Keluarga dan peguam sekarang sedang mengadakan sidang media di Kuala Lumpur mengenai perkara itu.

[Berita penuh menyusul]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2021 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya, keluarga daripada salah seorang mangsa kemalangan LRT, berhasrat untok saman Prasarana dengan tuntutan RM1.8juta.

1) Ada yang persoal, "Gila ke saman sampai sejuta lebih?"

Tak gila. Malah, ianya normal. Tuntut sejuta, tapi bila masuk court, takkan dapat sejuta tu melainkan dia benar-benar layak.

Keluarga tuntut lah berapa juta pun, akhirnya Hakim Mahkamah akan tentukan nilai sebenar.

Kita tak tahu nilai sebenar gantirugi yang pihak sana perlu bayar. Sebab itu kita terus letak tinggi-tinggi.

Buatnya letak rendah-rendah tapi sebenarnya kita layak dapat lebih lagi, kan ke rugi?

2) "Kenapa keluarga diorang saman untuk seorang mangsa? Kenapa tak ajak ramai-ramai saman?"

Eh, suka hati diorang lah. Kalau bapak kita koma sebab kemalangan dalam bas, kita nak tunggu orang lain, atau kita proceed saja tindakan undang-undang secara sendiri?

Itu hak masing-masing lah. Kalau rasa nak buat saman secara kolektif, pun boleh juga. Kumpul seramai mana mangsa, lantik sorang peguam, lepas tu saman sekaligus.

3) "Jadi, lepas ni pengerusi (bekas) Prasarana akan dimasukkan ke penjara ke kalau dia kalah?"

Tidak. Saman ni nak tuntut gantirugi saja. Dan yang akan bayar, bukan pengerusi, tapi syarikat. Atau lebih tepat: insurans syarikat akan bayar.

Takda siapa akan dipenjarakan, melainkan terdapat unsur-unsur jenayah. Dalam kes-kes kecuaian macam ni, biasanya akan melalui proses tuntutan ganti rugi sahaja.

4) "Kalau semua 200 lebih penumpang tu saman,  rugi la duit negara!? Habis lah duit negara nak bayar saman saja! "

Yang kendalikan LRT ni bukan negara. Tapi syarikat. Yang akan bayar saman, bukan negara. Tapi syarikat.

Malah, bukan syarikat pun yang bayar. Insurans syarikat akan bayar. Syarikat tu tak keluar sesen pun, apatah lagi duit kau (rakyat).

5)"Saman-saman ni semua nak kayakan peguam je!"

That's.... Exactly our job.

Kalaulah mak ayah anda cedera parah disebabkan kemalangan macam ni, kepada peguam jugalah anda minta bantuan.

Lagipun, banyak peguam yang boleh bayar yuran guaman selepas habis kes. Maksudnya, pihak lawan kalah, pihak lawan akan bayarkan yuran guaman kita. So sebenarnya, anda gunakan lawyer percuma saja.

6) "Mangsa lain ok je. Family ni je kecoh!"

Moga tuhan uji kau suatu hari nanti dengan kemalangan yang sama. Waktu itu, baru kau tahu siapa kaki kecoh.

.

.

Banyak komen-komen kurang menyenangkan berkenaan cerita saman daripada keluarga ini.

Mungkin disebabkan keluarga ni bukan keluarga Melayu, habis keluar kata-kata rasis dan tak perikemanusiaan.

Berita ini saja boleh nampak keluarga ini faham tentang hak-haknya dalam undang-undang.

Nanti bila keluarga tu dapat pampasan, sedangkan mangsa lain tak dapat, jangan persoal pulak kenapa bangsa tu dapat, bangsa kita tak dapat.

Malu kat orang.

.

.

.

Nak join kelas undang-undang secara online? Terbuka untok semua. Boleh tekan link ini untok maklumat lanjut:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4642356292458717&id=100000531772915

.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.188898 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list