CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1607|Reply: 17

[Tempatan] Perlu tunjuk jarum sebelum, dan selepas suntik vaksin

[Copy link]
Post time 24-5-2021 07:18 PM | Show all posts |Read mode

PETUGAS kesihatan memasukkan cecair vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas 'Low Dead Volume' (LDV) pada Program Imunisasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kopeladar Wakaf Bharu, Kelantan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Putrajaya: Penyuntik vaksin kini perlu menunjukkan jarum suntikan sebelum dan selepas memberi suntikan kepada penerima susulan dakwaan pemberian dos vaksin keluaran AstraZeneca kurang daripada sepatutnya baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dakwaan itu yang dikatakan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), yang mula tular di media sosial bermula pada 20 Mei lalu.

Beliau berkata, KKM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sedang membuat siasatan lanjut mengenai perkara itu.

Katanya, sebagai langkah memastikan kualiti pengendalian vaksin AstraZeneca untuk Covid-19 berada pada tahap optimum, KKM menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca.

"Penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin, sebelum melakukan suntikan.

"Mereka juga perlu menunjukkan jarum suntikan yang dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dr Adham berkata, penambahbaikan dalam SOP pemberian vaksin itu akan diperluaskan ke semua PPV lain manakala pemantauan rapi terutamanya di PPV akan dipertingkatkan bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata, KKM akan sentiasa memastikan Program Pemberian Vaksin AstraZeneca dilaksanakan dengan jaya dan selamat untuk penduduk Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang menyiasat secara terperinci dakwaan pemberian dos vaksin AstraZeneca terkurang sebanyak 0.5 mililiter (ml) di WTCKL.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeiiii aku dh la ngeri tgk jarum suntik..dr elok2 aku duduk kt situ, karang menggigil pulak kna tgk
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bayangkan Freddy Kruger jari penuh jarum injection tajam mau menikam kamu wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
X ada ke vaksin yg style minum je mcm ubat deman bdk2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2021 10:28 PM | Show all posts
otai_g replied at 24-5-2021 07:40 PM
X ada ke vaksin yg style minum je mcm ubat deman bdk2 tu?

Ni mcm yang my husband tanya:Takda ke yang macam pil or ubat minum?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 24-5-2021 10:28 PM
Ni mcm yang my husband tanya:Takda ke yang macam pil or ubat minum?

Kau patut jawab dgn your hubby.....kalau nak buat baby boleh dgn makan pil...tak payahnya faraj kau kena tebok dgn 'jarum' laki, kan best?...penat cakap dgn dia tiap kali pas kena jarumnya, pastuh nak kena mandi junub....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
patut dgn botol kaca iteww di suruh penerima telan supaya tidak setitik pun  vaksin yg tertinggal dlm botol tersebut...boleh juga sipenerima jadi kuda kepang....

kahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kusss semangattt..

nasib baik dah lepas, kalau tdk x sempat cucuk aku dah pengsan dulu tgk jarum...gile babeng...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sempat tengok jarum, I pejam mata je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 24-5-2021 10:28 PM
Ni mcm yang my husband tanya:Takda ke yang macam pil or ubat minum?

By the time vaksin masuk perut jah, terus vaksin mampus kena asid perut
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bayangkan lembu nak disembelih ditunjukkan depan mata lembu itu pisau yang hendak menyembelihnya sebelum dan selepas sembelih dilakukan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 01:43 AM | Show all posts
mahu aku lari sebelum kena suntik kalau mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 24-5-2021 06:40 PM
X ada ke vaksin yg style minum je mcm ubat deman bdk2 tu?

Polio vaccine
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 02:15 AM | Show all posts
ninja boy replied at 24-5-2021 07:31 PM
bayangkan Freddy Kruger jari penuh jarum injection tajam mau menikam kamu wakaka

Orang yang lawan Freddy Kruger tu patutnya pakai pedang, barulah boleh menang lawan dia yang pakai pisau je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ek eleh. Lepas dia inject lepastu dia cabut dia lepaskan balik baki injection tu kt mana2 bukannya penerima perasan pun. Lagi2 yg duk pejam2 mata ms kena inject. Apoooo
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 02:20 AM | Show all posts
Apa fungsi syarikat ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) ni dalam hal pemberian vaksin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2021 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 25-5-2021 12:36 AM
Tak sempat tengok jarum, I pejam mata je.

Teknik yg sama digunapakai pada malam pertama pengantin?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-5-2021 12:42 AM
By the time vaksin masuk perut jah, terus vaksin mampus kena asid perut

Mampus vaksin kena air panas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.190306 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list