CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2172|Reply: 13

[Sarawak] Fazzrudin gesa golongan belia yang layak daftar segera untuk divaksinasi

[Copy link]
Post time 23-5-2021 03:52 PM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman (gambar) menggesa golongan belia di Sarawak yang layak namun belum mendaftar bagi menerima vaksin COVID-19 untuk segera berbuat demikian.

Menurutnya, kumpulan itu perlu mendapat vaksin bagi melengkapkan program imunisasi di negeri ini sekali gus mengelak jangkitan COVID-19.

"Bukan golongan belia sahaja, tetapi semua. Saya juga meminta semua ketua masyarakat untuk mengingatkan mereka yang berada di bawah tanggungjawab mereka untuk mendaftar vaksinasi.

"Kita mesti melindungi diri, keluarga dan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fazzrudin yang juga Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut menambah golongan belia dan warga tua juga tidak harus terpengaruh dengan tanggapan salah berhubung vaksinasi.

"Jangan terpedaya dengan berita palsu atau maklumat tidak sahih berhubung vaksinasi di media sosial dan WhatsApp.

"Dapatkan maklumat anda dari sumber yang dipercayai terutamanya media massa, agensi kerajaan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak," katanya.

Pada masa sama, beliau juga menyambut baik pembelian 500,000 dos vaksin Sinovac untuk melengkapkan bekalan vaksin dari kerajaan pusat.

"Ini akan membantu mempercepatkan lagi proses pelaksanaan vaksinasi di Sarawak dan menjadikan keadaan COVID-19 semasa di negeri ini ke tahap yang boleh dikawal," katanya.

Fazzrudin menambah, dengan khidmat institusi kesihatan swasta digunakan untuk pemberian vaksin, ia akan menjadikan kapasiti pemvaksinan harian lebih tinggi di Sarawak.

"Ini akan membantu kitai mencapai sasaran vaksinasi seperti dijadualkan. Semakin cepat situasi COVID-19 berada di bawah kawalan, semakin cepat kita dapat kembali ke keadaan normal," katanya lagi.

Bagaimanapun buat masa ini katanya, orang ramai perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

"Setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing," katanya lagi.

Henrietta Liza

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2021 04:00 PM | Show all posts
rasa nya ramai yang dah daftar ....

menunggu menunggu jer lagi


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Daftar dah settle
Tapi status kebanyakan masih dalam.proses kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 04:50 PM | Show all posts
shernazz replied at 23-5-2021 04:35 PM
Daftar dah settle
Tapi status kebanyakan masih dalam.proses kan..
ha`ah ... ramai seawal february aritu dah daftar ...

mak weols blom lagi kena panggil...


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-5-2021 04:50 PM
ha`ah ... ramai seawal february aritu dah daftar ...

mak weols blom lagi kena panggil...

Sama lah
Mak.mertua.n.pak.mertua.iols.pung blom lagi dipanggil
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 06:01 PM | Show all posts
Meols rasa Diorg mmg nak habiskan vaccine AZ dulu la. Kalau x sure Ramai x nak vaccine brand tu. sepatutnya skrg mmg batch 3 utk adult 18 Tahun keatas kan.  Jiran meols umur 68 Ada penyakit kronik pun x Kena panggil lagi. Dok Tunggu je sbb x nak AZ.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa mula2 suh daftar lg dah daftar tp masih krik3 sampai now
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 09:25 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-5-2021 08:00 AM
rasa nya ramai yang dah daftar ....

menunggu menunggu jer lagi

kwn kat opis ada yg dh divaksin
Random.. so sabar jaklah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2021 05:31 AM | Show all posts
shernazz replied at 23-5-2021 05:10 PM
Sama lah
Mak.mertua.n.pak.mertua.iols.pung blom lagi dipanggil
tu la bila baca komen2 kat FB ... ramai yang geram ... statement macam la tak ramai yang nak daftar ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 05:34 AM | Show all posts
sfrnna replied at 23-5-2021 06:01 PM
Meols rasa Diorg mmg nak habiskan vaccine AZ dulu la. Kalau x sure Ramai x nak vaccine brand tu. sep ...
kat mana tu...?

kat Sarawak ni atas sebab tak cukup bekalan dari Pusat rasa nya ...
sebab tu Sarawak ambik inasatif sendiri... beli jer sendiri vaksin tu untuk menambah vaksin yang Pusat bagi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 05:35 AM | Show all posts
awenda507 replied at 23-5-2021 08:00 PM
Masa mula2 suh daftar lg dah daftar tp masih krik3 sampai now
kan ...

tunggu jer la ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 05:35 AM | Show all posts
Vellfire replied at 23-5-2021 09:25 PM
kwn kat opis ada yg dh divaksin
Random.. so sabar jaklah
bapak mek 62 ... blom gik d panggil...

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-5-2021 05:31 AM
tu la bila baca komen2 kat FB ... ramai yang geram ... statement macam la tak ramai yang nak daftar ...

Mcm.nak salahkan kita tak daftar
Padahal.mostly sah daftar cuma masih dlm proses
Yang kat pedalaman tanpa capaian internet tu sepatutnya pihak berwajib kena pikirkan alternatif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2021 03:28 PM | Show all posts
shernazz replied at 24-5-2021 07:53 AM
Mcm.nak salahkan kita tak daftar
Padahal.mostly sah daftar cuma masih dlm proses
Yang kat pedala ...
harap cepat la selesai ...

nak kemana mana pun payah ni


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.085286 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list