CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16988|Reply: 173

Peguam pertikai layanan istimewa Neelofa, suami. UPDATE #57, Aduan dikemukakan

[Copy link]
Post time 22-5-2021 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 22-5-2021 10:29 AM

Peguam pertikai layanan istimewa Neelofa, suami

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... imewa-neelofa-suami

Disiarkan pada: Mei 22, 2021 @ 2:26pm

Mohd Amin Jalil
[email protected]


NEELOFA dan Muhammad Haris yang didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Khamis lalu dilihat meletakkan kenderaan dalam kawasan kompleks mahkamah.  FOTO arkib NSTP

Seremban: Peguam Negeri Sembilan mempertikaikan layanan istimewa yang diberikan kepada usahawan dan selebriti popular, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Mohammad Haris Mohd Ismail ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Khamis lalu.

Sehubungan, itu mereka membuat aduan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Sembilan berhubung perkara berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz berkata, pihaknya menerima aduan pada petang Khamis lalu iaitu hari yang sama kes Neelofa dan suami dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban.

"Mereka (peguam) mempersoalkan mengenai layanan istimewa apabila kenderaan pasangan itu dibenarkan memasuki ke dalam kawasan kompleks mahkamah, sementara individu yang lain pula perlu meletakkan kereta di kawasan parkir di bahagian luar mahkamah.

"Aduan berkenaan dimajukan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Madihah Harullah pada petang Jumaat lalu.

"Kita berharap pihak mahkamah akan memberi maklum balas dalam masa terdekat mengenai perkara terbabit," katanya di sini, hari ini.

Pada hari prosiding di Mahkamah Majistret Seremban Khamis lalu, kenderaan BMW yang dinaiki Neelofa, 32, dan Mohammad Haris, 26, dibenarkan memasuki dalam kawasan kompleks mahkamah dan dibenarkan parkir di premis disediakan.

Bagaimanapun difahamkan, tempat parkir berkenaan hanya untuk kenderaan kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya dan pengecualian hanya kepada orang awam (orang kurang upaya).

Malah, mereka turut mendakwa bahawa ada sesetengah peguam pernah dimarahi oleh pengawal keselamatan apabila mereka meminta untuk membawa masuk kenderaan ke pekarangan mahkamah dan mereka terpaksa patuh bagi menghormati integriti institusi terbabit.

Khamis lalu, pasangan terbabit dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika hadir di kedai karpet di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Muhammad Haris didakwa atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam, manakala Neelofa pula satu tuduhan tidak membuat aplikasi MySejahtera di premis berkenaan.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan sebut semula kes pada 4 Jun depan.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgok video pun lepas scan ada 2 org guard suruh lopak n pubird proceed jalan kaki pi msuk mahkamah. Tp lopa berpaling n terus msuk kete. Pstu ttbe ada sorg polis kt situ arahkan guard buka palang. Rasanya polis yg bg arahan utk buka palang tu ptut menjawab. Guard kt situ nmpak sgat ikut arahan sebelum2 ni which is semua kena park luar n jalan kaki msuk mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam2 kat NS pun meluat dgn Jah bungkus.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pu bird and kobis expect VIP treatment di mana saja berada

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya kejahatan family paki budu ni terserlah
Adik dia amera punyalah berlagak cakap melayu bodoh kan, maki org sana sini sekarang rasakan plk family mereka yg kena
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 22-5-2021 02:45 PM
Kalau tgok video pun lepas scan ada 2 org guard suruh lopak n pubird proceed jalan kaki pi msuk mahk ...

Guard dah selamat dr kena soal oleh pengurusan mahkamah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2021 02:55 PM | Show all posts
Timortimur replied at 22-5-2021 02:53 PM
Akhirnya kejahatan family paki budu ni terserlah
Adik dia amera punyalah berlagak cakap melayu bodo ...

Bukankah followers nya juga orang melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Syp je ig diaorg kan....mesti demam2 ketar nak update tp kena bersabar dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2021 02:58 PM | Show all posts
cancelled bertimpa2 selalu lepas kahwin je retis akan merundum.... nampaknya neelokap terus terjunam dalam lautan lepas kahwin following the trend gitterw dan mendahului
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 03:04 PM | Show all posts
Waktu sekarang ni ramai dirumah kalau ada yang buat silap pasti ramai yang perhati dan pertikaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dpt arahan from someone
Klu x mn tau die
Lawyer pun diwho are yousskan management court

Oh maybe sheols law far

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga badi gila isim sohai melekat kat jahjobo n laki biawak sampai bila2...

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
klu ms peak hour mmg x blh parking dlm tu, guard mmg x bg msk maka kenalah parking kt seberang court dan melintas beramai2
jd mmg patut kena cari pihak yg benarkan dedua ni leh msk sesedap rasa sdgkan diaorg msh muda dan sihat plk tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cupu replied at 22-5-2021 02:57 PM
Syp je ig diaorg kan....mesti demam2 ketar nak update tp kena bersabar dulu

Dok post pasal palestin jer skrg...edisi mensuci diri di mata lobenaks
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Above the law ni law far
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu parking..wait n see apa jawapan yg bakal keluar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya driver drop off je Dorang pahtu keluar balik kereta. Dah Setel kereta masuk balik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Instafamous yg rentas negeri balik johor elok je pakai jubah kopiah masuk court
Puris ni terbalik plk kopiah dah terbang kemana, sbb sivil court kot? mhkamah syariah baru pakai kopiah bagai
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Telan jelah ye lopak, semua dah berpatah arang dengan mu sbb perangai mu... dulu kau pernah kat atas tapi kau besar kepala provok2 orang
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg not fair sgt.. pls la polis tu yg bg masuk mcm baguss jekk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.231569 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list