View: 1402|Reply: 6
|
[Tempatan]
Pemandu maut lori tanah terbabas lalu bergesel dengan tembok dinding jalan
[Copy link]
|
|
Beginilah keadaan lori tanah dipandu mangsa yang terbabas dalam kejadian di Jalan Bukit Mas Taman Tasik bersebelahan dengan Pasaraya AEON Mall Taiping pagi tadi.
Pemandu maut lori tanah terbabas
TAIPING – Seorang pemandu lori tanah maut setelah kenderaan yang dipandunya terbabas lalu bergesel dengan tembok dinding jalan di Jalan Bukit Mas Taman Tasik bersebelahan dengan Pasaraya AEON Mall Taiping di sini pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, K. Ambigeswaran, 24, dikatakan dalam perjalanan menghantar muatan yang dibawanya ke sebuah tapak pembinaan bersebelahan dengan pasaraya tersebut.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal pihaknya mendapati sebaik tiba di tempat kejadian lori berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tembok sebelah kanan jalan.
Menurut beliau, akibatnya mangsa yang tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah pada badan.
“Mayat mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba yang tiba di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak perubatan dan dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
“Punca kematian disebabkan kecederaan parah pada seluruh anggota badan manakala kes di siasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lori tanah..biasa laa.bawa macam f1. Seb baik takde mangsa lain yang kena. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by underground at 21-5-2021 09:28 PM
Gila la kena gilis kat tepi penuh darah kat tembok..
Berkecai badan macam kena gilis tayar lori..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
underground replied at 21-5-2021 09:27 PM
Gila la kena gilis kat tepi penuh darah kat tembok..
Berkecai badan macam kena gilis tayar lori.. ...
Ngerinya...badan tersagat kena tembok |
|
|
|
|
|
|
|
Ngerinya nmpk darah gini...berkecai ke badan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejor yeop kejor |
|
|
|
|
|
|
|
underground replied at 21-5-2021 09:27 PM
Gila la kena gilis kat tepi penuh darah kat tembok..
Berkecai badan macam kena gilis tayar lori.. ...
According to kp taiping:
“Punca kematian disebabkan kecederaan parah pada seluruh anggota badan"
Dh tersagat berapa meter
Terhentam plk tank air ke ape yg blok warna putih tu
What a very unfortunate way to die
|
|
|
|
|
|
|
| |
|