TUMPAT - Tindakan seorang wanita berusia 30-an dan didakwa sedang mengandung 'melarikan diri' dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bunut Susu untuk menyambut Aidilfitri membawa padah.
Ini kerana wanita tersebut disahkan positif Covid-19 dan sikap tidak bertanggungjawabnya meraikan Aidilfitri dengan melakukan kunjung mengunjung menyebabkan virus tersebut menular dalam kalangan penduduk Kepulauan Tumpat.
Penduduk kampung hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, Kepulauan Tumpat untuk menjalani ujian saringan, Kredit foto: Sinar Harian
Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sebanyak 22 kes positif Covid-19 direkodkan setakat Khamis hasil daripada 80 ujian saringan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ia melibatkan empat lokaliti iaitu Teluk Renjuna (11 kes), Pantai Haji Nik Mat (6), Pulau Beluru (4), dan Pulau Suri (1).
"Kami juga mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar positif direkodkan ialah 27.5 peratus," katanya.
Menurutnya, PKPD akan dilaksanakan di Kepulauan Tumpat melibatkan Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri bermula dari 22 Mei hingga 4 Jun. -CARI
Sumber: Sinar Harian |