CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1817|Reply: 5

Mahkamah Tolak Permohonan Kahwin ' Kapten Jack Sparrow'

[Copy link]
Post time 21-5-2021 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Akibat berpenampilan luar biasa, permohonan satu pasangan di Sepanyol untuk berkahwin ditolak mahkamah.


Memetik Zenger News, hakim di Vigo menolak permohonan pasangan Juan Alberto dan Maria Salinas selepas lelaki itu memakai kostum lanun, Kapten Jack Sparrow, karakter bintang utama filem Pirates of the Caribbean.


Salinas mengenakan pakaian tradisional utara Sepanyol dan bukan gaun seperti kelaziman pengantin lain.




Kredit foto: ZENGER NEWS




Mereka ke pejabat pendaftaran bagi menguruskan rancangan ketiga perkahwinan yang dijadualkan 24 April lalu selepas dua kali gagal akibat Covid-19.


Namun, usaha mereka sia-sia apabila hakim menolak permohonan berkenaan kerana penampilan mereka tidak serupa pengantin lain.


Mahkamah mendakwa terdapat peraturan undang-undang yang melarang orang awam memakai kostum memasuki bangunan berkenaan. Sebaliknya, pasangan itu mendakwa suatu ketika dulu mahkamah pernah membenarkan pasangan yang berpakaian kostum berkahwin.


Alberto berkata, hakim turut tidak mahu bertolak ansur apabila dia membuka topi dan rambut palsu sambil memintanya berpakaian sopan.


"Hakim itu membuat keputusannya sebelum berbincang dengan kami," katanya berkongsi kejadian itu dalam Facebook.


Katanya, dia sering berpenampilan lanun ketika turun menyantuni anak-anak di kem pelarian Greek Idomeni dan digelar lanun berbanding namanya Juan.


Alberto dan Salinas terkenal di sekitar Galicia kerana kerja kebajikan dalam yayasan Paper Elephants untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.


Mereka merancang memenuhi impian mereka berkahwin dalam kostum itu bagi menghiburkan anak-anak mereka.


Mereka mendakwa sudah menyiapkan semua dokumen penting untuk perkahwinan mereka.


Peguam pasangan itu berkata, apa yang berlaku tidak sah dan perkahwinan itu perlu diteruskan.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2021 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tkde rupa jack sparrow pun haha
aku pi disneyland tokyo staf situ dimekap sebijik jack sparrow.kostum pun sama.gigih aku pi kejar nk amik gambar
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 deme ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Begini pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 09:13 PM | Show all posts
kesian pulak. Harapnya kahwin je la pakai baju biasa pastu photo-op je dengan kostum
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
It's just a costume
Yg penting menyatukan 2 hati


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 160936 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28
Murung lepas bapa meninggal remaja usia 16 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondo
RalineMurung lepas bapa meninggal remaja usia
Views : 17585 Replies : 7
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26009 Replies : 9
Jefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan pada jari
RalineJefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan
Views : 12397 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053621 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list