CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1518|Reply: 3

Realiti ‘Karoshi’, Budaya Jepun Kerja Terlebih Masa Hingga Meragut Nyawa

[Copy link]
Post time 20-5-2021 10:35 PM | Show all posts |Read mode
Realiti ‘Karoshi’, Budaya Jepun Kerja Terlebih Masa Hingga Meragut Nyawa



Karoshi atau bermaksud adalah terlebih kerja sampai mati merupakan budaya di Jepun. Undang-undang buruh di Jepun dari tahun 1993 sudah menentukan bahawa kerja lebih 40 jam seminggu perlu dikira sebagai kerja lebih masa yang melayakkan pekerja mendapat upah lebih tinggi daripada kadar biasa.

Namun hakikatnya masih ramai yang melakukan servis kerja lebih masa walaupun ia bercanggah dengan undang-undang buruh. Malahan masih ketara pada sesetengah syarikat yang sengaja mengambil kesempatan ke atas pekerja mereka.



Kebiasaannya pekerja yang bekerja lebih masa tanpa gaji akan bekerja dalam julat masa selama 20 jam seminggu, namun masih ramai dalam kalangan pekerja Jepun yang mengira kerja lebih masa berbayar mereka sebagai keperluan untuk menampung perbelanjaan bulanan, membayar hutang dan kos pendidikan memaksa mereka bekerja di luar kemampuan.

Berdasarkan statistik Ministry of Health, Labour and Welfare 2013A, majoriti orang Jepun hanya mengambil separuh cuti mereka daripada jumlah 20 hari cuti setahun. Mereka juga kebiasaannya akan mengunakan cuti tahunan untuk cuti sakit kerana bahagian itu tak disebut secara jelas.



Dipercayai corporationism di Jepun merupakan satu keterikatan yang besar dengan satu-satu syarikat itu. Ini menunjukkan dengan adanya sistem seperti nenko chingin iaitu gaji berdasarkan senioriti, menjadikan lompat-lompat kerja adalah satu perkara yang tidak berbaloi untuk jangka masa panjang dalam kalangan pekerja.

Syarikat besar selalunya akan mempunyai annual atau biannual evaluation yang akan menentukan kadar gaji, prospek kenaikan pangkat dan aspek lain. Perkara-perkara yang akan dinilai termasuklah jitsuryoku, soshitsu dan noryoku.

Noryoku adalah seolah-seolah penilaian umum yang menilai komponen kemanusiaan seperti ciri personaliti pekerja, ketaatan, keharmonian dalam hubungan interpersonal yang merupakan ciri penting dalam penilaian.



Kesan penilaian ini mewujudkan persaingan dalam pekerja untuk hadir awal dan pulang lewat dalam menunjukkan mereka seiring dengan matlamat korporat. Ini kerana orang Jepun memahami bahawa mereka akan dinilai menerusi aspek kemanusiaan di luar spesifikasi kerja.

Satu lagi budaya bekerja Jepun adalah penggunaan uchi yang membawa maksud ‘rumah kita’. Konsep ini adalah untuk membuat pekerja merasakan syarikat mereka seperti rumah dan keluarga. Sebagai contoh mereka akan menambah perkataan san di belakang apabila ingin memanggil tempat kerja seperti Toshiba san.

Apabila bekerja lebih masa sudah menjadi kebiasaan kepada mereka, sebilangan signifikan pekerja di Jepun menampakan penat yang kronik yang kemudiannya mendatangkan maut. Inilah yang dimaksudkan dengan karoshi.

Ini hanyalah merupakan kajian dan pendapat yang dibuat oleh penulis sahaja.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu ojisan y ai kenal sgt hepi bila dtg sini..n bila dia terpaksa balik jepun,sedih dia ckp..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hg mai awai dia dah ada dekat meja. Hg ot sampai burn out pun dia masih ada lg kat meja tu.

Kira mai keja dah nampak muka dia. balik pun masih nampak muka dia. Tak balik umah ka apa
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah keje dgn boss jepun, 1st til 3rd year sgt workaholic, tapi lps tu dia pun dah terikut budaya org kita. Keje chill2, balik ontime, pastu xsabar tunggu public holiday.haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.056352 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list