CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1122|Reply: 4

Rumah Dibedil Israel- Lelaki OKU Maut Bersama Isteri Hamil Dan Anak Kecil

[Copy link]
Post time 20-5-2021 02:34 PM | Show all posts |Read mode
DEIR EL-BALAH (WILAYAH PALESTIN): Seorang lelaki Palestin yang kurang upaya (OKU) maut bersama isterinya yang sedang mengandung serta anak perempuan berumur tiga tahun apabila kediaman mereka di Gaza dibedil peluru berpandu, semalam.


Tragedi menyayat hati itu menimpa Eyad Saleha, 33, serta isteri, Amani, 33, dan anak perempuan mereka, Nagham, ketika mangsa mahu menikmati makan tengah hari.


Serangan itu menyebabkan ruang tamu kediaman mereka berkecai, dengan bahagian basikal kanak-kanak yang musnah dilihat berselerakan.


Foto: AFP




Tentera Israel hingga kini tiada mengeluarkan kenyataan khusus berhubung serangan di Deir el-Balah itu yang memusnahkan kesemua tiga bilik di unit flat didiami keluarga terbabit.


Adik Eyad, Omar Saleha, 31, berkata abangnya itu lumpuh sejak 14 tahun lalu dan bukan seorang anggota kumpulan pejuang, sekali gus mempersoalkan kewajaran serangan kejam berkenaan.


"Apa yang telah abang saya lakukan? Beliau hanya mampu duduk di atas kerusi roda. Apa yang sudah isteri dan anaknya lakukan? Mereka baru saja mahu menikmati makan tengah hari," katanya yang berada di rumah jiran ketika kejadian.


Beliau berkata, Eyad tidak bekerja dan mereka sekeluarga tinggal bersama ibu dan tiga beradiknya di flat terbabit.


Seperti ramai penduduk miskin di kawasan pantai itu, mereka bergantung pada bantuan daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Sementara itu, Umm Eyad, 58, juga tiada di rumah terbabit ketika kejadian yang meragut nyawa anak lelakinya berkenaan.


"Anak saya itu sering berdoa semoga konflik kali ini reda. Beliau terkorban ketika menunggu kelahiran anak baharu," katanya.


Semalam, Kementerian Kesihatan Gaza turut melaporkan pembunuhan 'seorang lelaki kurang upaya bersama anak perempuan dan isterinya yang sedang mengandung.'


Timbalan Menteri Kesihatan, Yousef Abu al-Rish, menyuarakan perasaan marah terhadap serangan berdarah itu.


"Membunuh orang tidak berdosa di rumah - malah janin dalam rahim ibu - adalah jenayah," katanya.


Setakat ini, belum jelas sama ada bangunan tiga tingkat itu memang menjadi sasaran serangan berkenaan ataupun dibedil secara tidak sengaja. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Semoga syurga lah tempat mereka
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:39 PM | Show all posts
Semoga syurga milik mereka
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Israhell stupid
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 06:44 PM | Show all posts
takziah kpd keluarga.
iols speku PBB senyap jahh sbb tanak bg duit lagi... giteww...

Seperti ramai penduduk miskin di kawasan pantai itu, mereka bergantung pada bantuan daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.664855 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list