"Jika suami curang dengan perempuan lain, saya boleh cerita dengan kawan, tapi yang ni dengan ibu kandung saya sendiri."
Jika kes suami atau isteri curang dengan ipar duai biasa kita dengari, namun pernahkah anda mendengar suami yang curang dengan ibu mertua sendiri?
Suami yang ditatang bagaikan minyak yang penuh mencurangi isterinya hanya kerana angau dengan ibu mertua. Lebih dasyat mereka pernah terlanjur hingga terpaksa mengugurkan anak.
Biarpun ia kelihatan menjijikkan namun ianya sedang membarah dalam masyarakat kita. Bersama aktivis tersohor, Syed Azmi, wanita ini meluahkan isi hatinya dan cuba mencari penyelesaian.
Cerita yang berlaku sejak tujuh tahun lalu telah mengoyakkan hati si isteri, namun kerana suami dan ibunya memohon maaf dan berjanji tidak melakukannya lagi membuatkan wanita ini terus setia.
Bagaimanapun, terbaharu mereka ditangkap saling berbalas mesej cinta. Hal ini membuatkan si isteri kembali gundah dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Foto :FB
Wanita ini bertahan hanya kerana anak dan memikirkan keluarga mereka sendiri. Walaupun pada awalnya, Syed Azmi memberi cadangan cerai, lari dan berdikari, namun wanita ini juga boleh mempertimbangkan untuk berpisah dan tinggal jauh untuk berfikir.
Mungkin suami akan memujuk dan cuma memberitahu ianya sekadar bermesej dengan mertua sahaja, namun ianya perlu dilakukan demi masa depan.
"Untuk anak-anak takda masalah sebenarnya, sekarang masalah pada Puan sebenarnya."
Netizen turut memberi pandangan masing-masing.
Foto : FB
Foto : Dep photo
Jadi, apa pendapat anda pula? - CARI
|