View: 2276|Reply: 7
|
Kereta Lain Perlahan Bila Nampak Kemalangan, Tapi King Myvi...
[Copy link]
|
|
Seorang wanita nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di selekoh Jalan Parlimen menghala ke Bangsar semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, wanita berusia 24 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kredit foto: Twitter
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu berkenaan menekan brek di selekoh kerana terdapat kemalangan di hadapan.
“Akibat kejadian itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu wanita berkenaan telah terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum berhenti di tempat teduh hujan di kiri jalan.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai Rule 10 LN 166/59,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial menerusi sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 22 saat yang memaparkan kereta Perodua Myvi yang terbabas di selekoh Jalan Parlimen.
Sumber: K! ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rilex jer kereta belakang tu jalan... takde la selekoh tajam punnnn...
ini mesti kes main handphone la.... |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 hal...nasib baik tiada kemalangan maut |
|
|
|
|
|
|
|
Wehh tt, forumer dah up cerita ni drp semalam lagi. Merge je la.
Tengah bulan tengah sempit ke, terpaksa up cerita sama |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 19-5-2021 08:01 AM
Wehh tt, forumer dah up cerita ni drp semalam lagi. Merge je la.
Tengah bulan tengah sempit ke, te ...
Koh koh koh king ni mmg laaa.. polis tu pung mcm lari takur kena sondol |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya nyaa. Itu lah, bukan selekoh tajam mana pun. Boleh jadi hilang kawalan, atau on the phone. Hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Jauhi Myvi...
#kitajagakita |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mcm racing game pulok {:freak |
|
|
|
|
|
|
| |
|