CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2693|Reply: 1

Black Panther Diadaptasi Daripada Kisah Kekayaan Mansa Musa

  [Copy link]
Post time 18-5-2021 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Black Panther Diadaptasi Daripada Kisah Kekayaan Mansa Musa



Apa pula kaitannya dengan Black Panther filem fiksyen daripada Marvel Universe? Tahukah anda bahawa Black Panther atau lebih dikenali sebagai T’Challa merupakan raja Wakanda di Afrika merupakan superhero Marvel paling kaya di dunia kerana sumber asli vibranium serta meletakkan setaraf dengan Tony Stark (Ironman) dan Bruce Wayne (Batman DC).

Seorang lelaki yang berkulit gelap, menetap di Afrika, kaya-raya dan tidak lupa juga dengan kecanggihan teknologi. Jika dilihat daripada cerita Black Panther ini dan mempunyai perkaitan dengan Mansa Musa, kedua-dua orang ini memiliki harta yang jauh melangkaui had, iaitu sudah melebihi orang lain.

Kemungkinan besar kisah Black Panther ini diadaptasi daripada kisah kekayaan Mansa Musa. Ada nampak persamaan dalam dua kisah ini?


Mansa Musa merupakan Maharaja terkaya dalam sejarah dunia.

Musa Keita atau lebih dikenali sebagai Mansa Musa merupakan raja pemerintah di wilayah Mali, Afrika suatu ketika dahulu. Mansa membawa maksud sultan di negara Afrika. Dilahirkan pada 1280, terkenal dengan jolokan Manusia Terkaya Di Dunia.

Pada tahun 1312, Mansa Musa menjadi pemerintah di Mali selepas mengambil alih takhta Abu Bakar Kedua yang hilang di lautan semasa mencari penghujung lautan Atlantik.

Ketika baginda diangkat menjadi raja di sana, Eropah pada waktu itu masih dalam krisis perang saudara dan kekurangan sumber. Bagaimanapun, empayar Musa cukup bertuah kerana dikurniakan dengan kekayaan hasil bumi yang cukup banyak, iaitu emas dan juga garam.

Baginda berjaya meluaskan lagi empayar perniagaan agungnya hingga ke Mauritania, Senegal, Gambia, Guinea, Burkina Faso, Mali, Niger, Chad dan Nigeria. Selain itu, di Timbuktu, baginda menggunakan kekayaannya untuk membina sekolah, hospital, masjid, dan tidak ketinggalan juga bangunan universiti.


Mansa Musa tidak pernah mengembara keseorangan, malah baginda akan diiringi rombongan puluhan ribu tentera dan hamba.
Sumber: HISTORY

Maharaja Mali ini tersangat kaya sehinggakan baginda pergi ke Mekah dengan jarak 4,000 batu, semata-mata untuk menunaikan haji dengan gaya tersendiri.

Dikatakan sejauh mata memandang, baginda bersama pengikutnya seramai 1,000 pengikut, membawa sebanyak 60,000 caravan serta 100 ekor unta yang membawa emas. Pada setiap hentian, baginda mengambil peluang untuk memberikan makanan mewah dan sedikit harta-hartanya kepada orang miskin.

Semasa baginda berada di Mesir, beliau membahagikan emas miliknya kepada orang miskin di sana dan menyebabkan berlakunya inflasi. Begitu hebat apabila seorang manusia datang entah dari mana, terus memberikan emas kepada orang miskin yang tidak dikenali.

Kekayaan baginda dianggarkan mencecah sehingga 400 billion, malah ada yang mengatakan cecah Trillion. Hal ini kerana, 400 billion itu hanyalah sekadar anggaran. Terlalu kaya sehinggakan ada peta yang menunjukkan Mansa Musa memegang duit berupa emas. Beliau meninggal dunia pada tahun 1337 setelah memerintah di Mali selama 25 tahun.

Jadi, bagaimana pula dengan kisah Mauritania yang dikaitkan dengan Atlantis pada penulisan lepas menjadi kaya?


Dapat disimpulkan bahawa, negara Mauritania memiliki kekayaan dengan hasil sumber alam. Begitu juga dengan, Mansa Musa sendiri memperolehi kekayaan dengan menakluki negara Mauritania yang merupakan sebahagian tanah jajahannya.

Afrika suatu ketika dahulu merupakan tanah yang sangat indah, subur, dan kaya. Penjajah di negara mereka lah yang menyebabkan ekonomi mereka miskin, sumber alam dibawa balik ke tanah jajahan dan orang Afrika ramai dibawa lari untuk dijadikan sebagai hamba abdi.


Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2021 07:55 PM | Show all posts
pink panther  adaptasi daripada kerajaan bani jahlop ada harta karpet pakistan setinggi  gunung everest

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.048575 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list