View: 2139|Reply: 4
|
Amitabh Bachchan Dikritik Tidak Beri Sumbangan Covid-19 Di India
[Copy link]
|
|
Menerusi catatan panjang di blog rasminya, bintang Bollywood, Amitabh Bachchan memberi reaksi terhadap komen-komen mengenai tiada pertolongan oleh selebriti dalam pertarungan COVID-19.
Amitabh Bachchan bercakap mengenai bagaimana selebriti dikritik kerana tidak menghebahkan sumbangan mereka pada waktu-waktu sukar. Dia menyatakan bahawa dia dan keluarga sukar untuk mengalah terhadap tekanan di media sosial.
“Komen menjijikkan dan penderaan setiap hari membuatkan sumbangan atau usaha mereka dilakukan dalam diam. Hanya penerima yang tahu dan itulah akhirnya.”
Kredit foto: Google
Walaupun aktor tersebut tidak bercakap mengenai sumbangannya, dilaporkan bahawa dia telah menyumbangkan sebanyak Rs 2 juta untuk kemudahan COVID-19 di Delhi.
Walaupun berasa malu untuk menyenaraikan sumbangannya sewaktu pandemik COVID-19, Amitabh Bachchan menyatakan bahawa dia harus melakukannya untuk melawan komen tidak menyenangkan yang diterimanya.
Amitabh Bachchan kemudian menyenaraikan sumbangan yang dilakukannya sewaktu pandemik COVID-19.
“Lebih daripada 1500 pinjaman bank para petani diselesaikan oleh dana peribadi saya dan menghalang mereka daripada bunuh diri. Mereka yang tidak dapat hadir untuk formaliti diangkut dengan kereta api, semuanya dengan perbelanjannya.”
“Menyediakan makanan untuk lebih daripada 400,000 orang yang mendapat gaji harian di negara in selama sebulan. Memberi makan hampir 5000 orang di bandar untuk makan tengah hari dan makan malam setiap hari, menyediakan topeng pelitup muka, unit PPE kepada pejuang barisan hadapan, Hospital Polis dalam ribuan melalui dana peribadi.”
“Saya menempah keseluruhan kereta api dari Mumbai ke UP untuk membawa 28000 penumpang pendatang tanpa sebarang kos di atas perbelanjaan saya.. Dan ketika Negeri menghalang kereta api masuk ke Negeri mereka dan membatalkan kereta api.. saya segera menyediakan 3 pesawat Indigo Airline dan menerbangkan hampir 180 pendatang dalam setiap penerbangan ke UP dan Bihar dan beberapa ke Rajasthan dan J&K.”
Kredit foto: Google
Amitabh Bachchan turut menulis bahawa dia juga telah mengatur 20 ventilator untuk Brihanmumbai Municipal Corporation, dan menyumbang untuk sebuah fasiliti yang didirikan di Rakabganj Sahib Gurudwara.
Selain itu, Amitabh Bachchan turut menyumbangkan seluruh Pusat Diagnostik yang dibuka di Bangla Sahib Gurudwara di Delhi melalui Pengurusan Delhi Sikh Gurudwara, dan mengambil anak angkat dua orang kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa mereka disebabkan COVID-19, dan akan membiayai pendidikan mereka sehingga gred 10.
Di akhir penulisannya, dia menyimpulkan bahawa ianya bukanlah satu “pertengkaran” tetapi ianya sesuatu yang harus dicontohi. -CARI
Sumber: Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini pun ada..x crita, maksudnya x tolong..judgemental btol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org2 kaya d India x byk menyumbang utk rakyat2 miskin negara depa kot, sbb tu kurang ekonomi terlalu jauh. Nak buat jamban pin x mampu, tahun 2021 masih berak merata. Apa punya negara la... Tu pun still org nak pegi holiday sana ye, eeee x takut terpijak taik ke? Goli den... Uuuweekk |
|
|
|
|
|
|
|
CaqJora: Org2 kaya d India x byk menyumbang utk rakyat2 miskin negara depa kot, sbb tu kurang ekonomi terlalu jauh. Nak buat jamban pin x mampu, tahun 2021 mas ...
i pernah pi india delhi agra tahun 2019. i pi kursus. tkde plak jumpa taik org merata.taik lembu byk.even dlm bandaraya delhi taraf kl tu pun ada lembu tgh bandar. kawasan luar bdr tk tau la pulak mcmana. cuma bandar2 kt india ni sesak teruk n berdebu. tp klu tengok movie dia kawasan luar bandar, kawasan pelancongan cantik jugak. iols pi restoran, r&r dorang punya toilet surprisingly bersih |
|
|
|
|
|
|
|
Ha bila dia list out, baru tahu yg mulut puaka fitnah orang sesuka hati tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|