CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4365|Reply: 25

Walau Menjanda, Raya Nadia Brian Lebih Bermakna Tahun Ini

[Copy link]
Post time 17-5-2021 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Penceraian yang berlaku bukanlah satu pilihan. Apa yang terjadi adalah ketentuan yang sudah tertulis.


Namun, kehidupan perlu diteruskan.


Jika tahun lalu, pelakon Nadia Brian, 30, sempat meraikan sambutan Aidilfitri sebagai isteri kepada Muizz Nasruddin. Namun, lafaz talak satu pada 2 April lalu menoktahkan hubungan mereka yang dibina pada November 2019.




Foto: IG




Bagaimanapun, kedatangan Syawal tahun ini pastinya bukanlah sesuatu yang perlu diratapi dan ditangisi.


Bagi Nadia, semua itu hanya tinggal kenangan yang tidak perlu lagi diselak halamannya.


Nadia memilih untuk tidak mengungkit lagi kisah lama selain mahu membuka lembaran baharu bersama insan tersayang iaitu ibu dan nenek tercinta selain keluarga yang sentiasa ada bersamanya.


Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna apabila dapat meluangkan masa bersama mereka di kediamannya di Puchong, Selangor.




  



Apatah lagi perlu duduk di rumah selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan tiada sebarang aktiviti rentas negeri dan daerah.


"Tahun lalu raya berdua sebagai status suami isteri. Tahun ini kembali solo dengan status lain pula. Tidak mengapa, kerana saya tetap bersyukur dan gembira kerana masih diberi peluang meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta terutama mak dan nenek yang sudah berusia 74 tahun.


"Apabila kerajaan umumkan PKP, bermaksud tiada sambutan raya yang meriah. Saya bersama keluarga raikan secara sederhana saja. Apa yang penting adalah, saya dapat duduk di rumah sepanjang raya ini.


"Saya juga ambil keputusan untuk tidak terima tetamu luar. Bukan apa, nenek saya sudah berusia selain di rumah ada ramai kanak-kanak. Kiranya, saya mahu lebih berjaga-jaga kerana kita tidak tahu jangkitan Covid-19 ini ada di mana-mana," katanya.




  



Dalam masa sama, Nadia mengambil kesempatan sambutan Aidilfitri kali ini untuk berehat dengan 'kuarantinkan' diri.


"Dari awal lagi memang merancang untuk tidak ke mana-mana. Apabila semua kerja penggambaran selesai pada Ramadan lalu, saya memang mahu berehat. Baru saya fikir selama ini saya tidak pernah ada masa rehat untuk diri sendiri.


"Disebabkan itu, Syawal ini saya ambil keputusan untuk kuarantinkan diri dengan tidak ke mana-mana. Masa yang ada ini saya memang peruntukkan bersama keluarga saja. Ini kerana pada hari raya kelima saya sudah bekerja dan terbabit dengan penggambaran.


"Sebelum saya kembali sibuk, ini saja kesempatan yang ada untuk saya memberikan kualiti masa buat diri dan keluarga," katanya.


  



Berkongsi mengenai kerjaya lakonan, Nadia melahirkan rasa syukur atas rezeki yang tidak pernah putus. Malah, selepas bercerai pun Nadia dihujani pelbagai tawaran.


"Insya-Allah, selepas raya kelima saya akan terbabit dalam penggambaran drama Kuasa terbitan Skop Production. Sebenarnya, sudah banyak kali saya terpaksa menolak tawaran mereka disebabkan kekangan masa dan jadual kerja lain.


"Alhamdulillah, tawaran kali ini datang tepat pada waktunya. Selain, saya memang nak sangat bekerjasama dengan pengarah drama ini iaitu Khairul Azri. Drama ini bakal ditayangkan di Astro Prima," katanya.


  



Menurut Nadia, selepas lima tahun pembabitannya dalam bidang lakonan, dia bertuah apabila bakatnya semakin mendapat perhatian pihak stesen televisyen dan penerbit.


"Saya bersyukur kerana sejak kebelakangan ini saya banyak mendapat tawaran untuk slot menarik yang mana menjadi impian semua pelakon. Alhamdulillah, berkat kerja keras saya, Allah berikan rezeki ini.




  



"Saya percaya apabila kita bekerja dengan ikhlas dan menjaga hubungan baik dengan semua orang, insya-Allah akan dibalas baik. Sebenarnya, inilah yang saya buat sejak dulu lagi. Baik dalam kalangan senior atau junior, saya okey dan berkawan dengan semua," katanya.


Sepanjang Syawal ini, dua telefilem lakonan Nadia ditayangkan di TV3 iaitu Takdir Yang Tertunda pada raya pertama dan Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri pada raya ke-10. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts

Pondan sgt muka minah ni
Nextttt
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Cmne blh jadi bmakna.. Bkn ritu nanges2 kata byk fmly member kena kuarantin ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam nama sebenar xde perkataan “brian”..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:26 AM | Show all posts
Wahai Langsuyor...
Xde sape kesah pun la raye ko cemane.
Pi nangis tepi bucu katil
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
rugi kan. sementara org lain susah nk kawen. dia ni dpt husband elok mean muda agak kacak dan berduit, dibuangnya orang tu. Haihh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi apa gosipnya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi apa gosipnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nexttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurus n haggard nyaa... Aku x pernah suka dia klau berlakon.. Kayu.. Tone suara x sedap
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tua sebelum usia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 03:33 PM | Show all posts
rambut time raya tu burrrr nya ya rabbiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kusut air mukanya walaupun kononnya tunjuk happy menyeringai. Macam mental pun ada gak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 03:48 PM | Show all posts
bitch will always bitch
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 04:42 PM | Show all posts
dia mmg ade alter muka kn??
lain mcm keras muka dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
xkena la rambut bangs dia tu. mungkin sebab dahi kecik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ada berlakon dgn nazim othman cerita raya. Oklah juga lakonan sheols
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sesuai la hairstyle gini
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal pelapis untuk watak filem seram.harap pieri endri buat filem baru la ya.ganti ruminah sidek.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap..bukan ke dia y ckp ada family members,mak or nenek dia y positive covid?siap nangis2 pakai telekung berkedut seperti baru bukak drpd plastik bag tuh?kt sini xde plak mentioned psl covid tuh?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065048 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list