CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1218|Reply: 1

[Tempatan] Bantuan Kecemasan Untuk Palestin, 17 NGO Sasar 10juta Untuk Al-Aqsa

[Copy link]
Post time 16-5-2021 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sumber: Siakap Keli
Penulis: Adnin Razak

Kumpulan Mempertahankan Al-Aqsa Malaysia atauMyAqsaDefendersmenyasarkan kutipan sumbangan kecemasan sebanyak RM10 juta untuk disalurkan ke Palestin ekoran isu krisis kemanusiaan yang terjadi baru-baru ini.

MyAqsaDefendersyang juga merupakan gabungan 17 badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan memaklumkan, bantuan tersebut akan dibahagikan melalui bantuan kecemasan, bantuan jangka masa sederhana dan bantuan jangka masa panjang di mana sejumlah RM2 juta telah berjaya dikumpulkan setakat ini.

“Daripada jumlah tersebut, dana sebanyak RM1 juta telah pun disalurkan bagi memenuhi keperluan membaik pulih Klinik Al-Aqsa yang terjejas di samping memastikan stok ubat dan juga keperluan rawatan kecemasan sentiasa tersedia termasuk alatan sepertiventilatorbergerak.

“Sebahagian daripada juga telah dimanfaatkan untuk bantuan kewangan segera kepada muratibin Al-Quds, bayaran kos guaman mereka yang telah ditangkap sama ada dalam insiden Al-Aqsa atau Perkampungan Syeikh Al-Jarrah, sertakafalahsara hidup penduduk Kota Lama Al-Quds,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, RM1 juta seterusnya pula turut telah diperuntukkan bagi bantuan membaik pulih infrastruktur dan juga rumah penduduk di Kota Lama Al-Quds dalam usaha memastikan mereka dapat terus bertahan dan mengekalkan demografi rakyat Palestin di kawasan tersebut.

JelasMyAqsaDefenders, pertambahan jumlah bantuan akan seiring dengan jumlah sumbangan yang diterima dari semasa ke semasa, selain pelan perancangan strategik jangka masa panjang seperti pembangunan kekuatan ekonomi, wakaf dan juga pendidikan akan turut diberikan perhatian.

“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia dengan kepelbagaian latar agama dan kaum untuk bersuara serta menyokong perjuangan Palestin dalam menuntut dan mempertahankan hak mereka.

“Justeru itu kami mengalu-alukan penglibatan dan sokongan mana-mana institusi, badan bukan kerajaan (NGO), tokoh-tokoh berpengaruh dan para selebriti untuk bersama menanam tekad mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Kota Al-Quds,” jelasnya

GabunganMyAqsaDefendersdianggotai 17 NGO iaitu Cinta Gaza Malaysia (CGM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, MAPIM Malaysia, Malaysia For Syria (MFS), Iman Care, Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia (One Nation), Azhar Care, Pertubuhan Dana Kita, Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Cinta Syria Malaysia (CSM), MyFundAction, Philandure, Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Warga Cakna dan Cakna Palestin.

Dalam masa sama, gabungan tersebut turut disertai beberapa selebriti tanah air dan ‘influencer‘ seperti pasangan penyanyi adik-beradik, Helize Helmi dan Hazwana Helmi; pasangan selebriti, MizzNina dan Noh Salleh (MinQalby Foundation); penyanyi isu-isu kemanusiaan, Faizal Tahir (IamFaithMen); badan dakwah, Info Taqwa Malaysia; pengacara terkenal, Fedtri Yahya; pendakwah program realiti Imam Muda, IM Fakhrul dan pengacara, Dahlia Syazwan.

Sumbangan kecemasan boleh disalurkan terus kepada mana-mana NGO yang tersenarai di atas. Orang awam juga boleh menyalurkan sumbangan kepada MVM melalui kempenEmergency Appeal For Palestine 2021di pautanwww.donation.mvm.org.myatau hubungi wakil MVM di talian012-2356854.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 12:53 PM | Show all posts
Kumpulan Mempertahankan Al-Aqsa Malaysia atauMyAqsaDefendersmenyasarkan kutipan sumbangan kecemasan sebanyak RM10 juta untuk disalurkan ke Palestin ekoran isu krisis kemanusiaan yang terjadi baru-baru ini.

30% untuk pengurusan....WOW
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.064731 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list