CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lagubestbest

[Tempatan] Malaysia. Mohon Hantar Tentera DiRaja Ke Palestine

  [Copy link]
Post time 12-5-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 12-5-2021 11:11 PM
Unit Amal hamPAS kan ada... awat Haji Hadi tak mohon jaa penghantaran pemuda2 ummah hamPAS ni.. bule ...

Jgn sampai tin milo di edarkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai anjing amerika yahudi yg pakai nama islam kat malaysia, nak buat mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 12-5-2021 11:50 PM
Kalaulah melayu yg dok meratap hiba isu pelestin tu tahu realiti sebenar konflik plastin-yisroel n ...

Share lah apa yg anda tahu. Nak gak tahu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts


ULASAN | Palestin mangsa percakaran politik dunia Islam

Rizal Hamdan

9 May 2021, 8:46 pm

Dikemaskini3 hari lepas



ULASAN| Masih berbaki tiga hari sebelum bulan mulia Ramadan melabuhkan tirainya untuk tahun ini.

Pada saat umat Islam seluruh dunia sekali lagi mempersiapkan diri menyambut lebaran dalam norma baru, bumi Palestin kembali bergolak dengan pertempuran antara pihak bersenjata Israel dan penduduk awam.

Setiap kali berlaku krisis di Palestin, berbondong-bondong ‘penganalisis’ yang mengambil garis agama dalam menerangkan mengenai apa yang berlaku. Komentar sebegini adalahkliseberikutan ketidakupayaan melihat sesuatu isu sosiopolitik dalam konteks yang berbeza.

Kebanyakan pihak hanya menumpukan isu keganasan dan pencabulan hak oleh Israel ke atas rakyat Palestin sebagai punca utama krisis.

Bagaimanapun, perlu kita fahami bahawa perilaku keganasan ini terjadi lantaran ia berpunca daripada kepimpinan Palestin itu sendiri.

Umum mengetahui bahawa terdapat dua kelompok utama yang mentadbir Palestin.

Pertamanya Al-Fatah, organisasisecular-leftistyang dipimpin oleh Mahmoud Abbas, atau Abu Mazen, dan Hamas yang beraliran Islam.

Isunya bukanlah jurang ideologi antara kedua-dua organisasi politik ini. Sejak tahun 2007, perebutan kuasa dua kelompok dalam Palestinian Authority (PA) ini mengakibatkan Palestin terbahagi kepada dua wilayah pentadbiran antara Gaza dan Tebing Barat.

Kali terakhir penduduk Palestin mengundi adalah pada tahun 2006, yang mana ia dimenangi oleh Hamas.

Pun begitu, pertelingkahan dua parti terbesar dalam Palestinian Legislative Council menyebabkan seluruh Palestin terheret dalam kancah 'perang saudara'.

Selepas hampir 15 tahun, penduduk Palestin akan kembali memilih siapa yang akan mentadbir dan mewakili mereka.

Dalam keghairahan menuju pemilihan ini, sekali lagi rejim Israel melakukan keganasan terhadap penduduk Palestin.

Motifnya ialah untuk meneruskan ketidakstabilan(destabilisation)di Palestin dan seterusnya bagi memastikan entiti politik ini terus terpecah tanpa satu kepimpinan stabil yang mampu menyatukan dua wilayah yang terpisah secara governans.

Selain itu, terdapat dakwaan ia satu‘manufactured political crisis’oleh Abu Mazen yang bimbang akan prospek kekalahan.

Bukan satu rahsia bahawa Abu Mazen mempunyai hubungan kerja yang rapat, walaupun mencabar, dengan apparatus keselamatan Israel.

Percaturan geopolitik Timur Tengah

Pada 13hb Ogos 2020, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara Timur Tengah yang ketiga menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Mesir merupakan negara pertama yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel pada tahun 1979, diikuti oleh Jordan pada tahun 1994.

Keputusan normalisasi hubungan UAE-Israel telah mencetuskan‘snowball effect’di rantau Arab, bila mana Bahrain, Sudan dan Maghribi turut menurut jejak langkah Abu Dhabi.

Negara-negara ini merupakan sekutu rapat Arab Saudi di Timur Tengah. Normalisasi ini besar kemungkinan demi menjaga kepentingan geopolitik Saudi di rantau tersebut.

Perjanjian hubungan diplomatik UAE Israel.

Percaturan geopolitik ini bertitik tolak daripada fenomena Arab Spring sedikit masa dahulu. Kebanyakan negara Arab menyedari, ancaman dalaman(internal threat)lebih berbahaya berbanding ancaman dari luar(external threat).

Setidaknya, selagi hubungan diplomatik ini tidak terputus, negara-negara Arab ini tidak perlu berasa bimbang akan ancaman daripada Israel.

Dalam konteks hubungan antarabangsa, negara merupakan entiti berdaulat dan bersikap rasional. Pertimbangan berbentuk emosi seperti agama dan bangsa tidak seharusnya mengatasi kepentingan utama negara(national interest).

Perlu juga difahami bahawa kesemua negara-negara ini (termasuklah Arab Saudi dan Israel) lebih menganggap Iran dan Turki sebagai ancaman utama.

Berikutan itu, saya berpendapat serangan terbaru Israel terhadap penduduk Palestin adalah berniat‘testing the water’bagi melihat reaksi negara-negara Muslim, khususnya negara yang telah melakukan normalisasi diplomatik dengan Israel.

Sebaik berlakunya serangan Israel ke atas Masjidil Aqsa, Malaysia dilihat lebih pantas dalam mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk serangan, berbanding negara-negara Timur Tengah yang lain.

Tragedi serangan ke atas Masjid Al-Aqsa ini merupakan manifestasi percaturan geopolitik di Timur Tengah dan Palestin merupakan korbannya, kerana ia merupakan‘trigger point’negara-negara Muslim seluruh dunia.

Tindakan agresif Israel ini juga dapat dilihat sebagai perbuatan ‘egg on the face’ atas Amerika Syarikat. Umum mengetahui bahawa Benjamin Netanyahu lebih menyebelahi Donald Trump berbanding Joe Biden.

Israel mendapat banyak manfaat ketika pentadbiran Trump seperti pengiktirafan Washington atas Jerusalem sebagai ibu kota dan penutupan pejabat Perwakilan PLO di Washington D.C.

Sejak mengambil alih White House, Presiden Biden memberi jaminan untuk mengkaji semula kelemahan perjanjian damai yang dilakukan pentadbiran Trump dan berjanji memulihkan bantuan kewangan kepada PA. Suatu langkah yang sudah semestinya tidak disenangi oleh Tel Aviv.

Iran ancaman utama berbanding Israel

Dalam konteksmultilateral diplomacy,tidak banyak yang boleh diharapkan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Tidak dapat dinafikan hegemoni Arab Saudi atas negara-negara anggota OIC.

Seperti yang telah dinyatakan, Arab Saudi dan negara sekutunya lebih melihat Iran sebagai ancaman utama berbanding Israel.

Sejak tahun 2014 jawatan Setiausaha Agung OIC dikendalikan oleh Arab Saudi. Ketika berlakunya pertelingkahan diplomatik antara Arab Saudi dan Iran pada tahun 2016, organisasi ini cenderung menyebelahi Saudi.

Bahkan OIC turut mengeluarkan resolusi anti-Iran pada 21hb Januari 2016.

Kegagalan OIC dalam memberikan reaksi yang sewajarnya mengenai isu umat Islam sejagat sangat mendukacitakan. Ia tidak lebih sekadar pentas untuk memperpanjang agenda Arab Saudi berbanding agenda umat Islam secara kolektif.

Berikutan itu, isu Palestin yang tidak begitu penting dalam percaturan geopolitik Saudi dipandang sepi, cukup sekadar menyatakan bantahan diplomatik tanpa tindakan yang sewajarnya.

Perkembangan semasa memperlihatkan persaingan dua blok yang besar dalam OIC. Pertamanya blok yang diketuai oleh Arab Saudi yang disokong kebanyakan negara-negara anggota Gulf Cooperation Council (GCC) seperti UAE, Bahrain, Oman dan beberapa lagi.

Sementara itu, pada sisi yang lain, sebuah blok pencabar yang diketuai oleh Iran dan Turki. Kedua-dua blok ini dilihat berusaha dalam mendapatkan pengaruh di kalangan negara anggota OIC.

Turki dilihat lebih sesuai menjadi‘counterweight’kepada Arab Saudi dalam politik dunia Islam.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dijangka merangka dasar luar Turki yang lebih aktif dan tegasmenjelang tahun 2023, bersesuaian dengan tamatnya Perjanjian Lausanne 1923.

Turki (Uthmaniyah) yang pernah menjadi pelindung kepada dunia Islam sebelum runtuh pasca perang dunia I, dilihat sedang menghidu peluang untuk membina pengaruh dalam OIC.

Bagaimanapun, persoalannya, apakah dengan bertukarnya ‘kepimpinan’ dunia Islam daripada Arab Saudi kepada Turki mahupun Iran, agenda keamanan Palestin dapat dicapai?

Pada hemat saya, negara muslim di luar Timur Tengah seperti Malaysia dan Indonesia lebih mampu memainkan peranan membela kepentingan Palestin berbanding negara-negara di rantau tersebut.

Hal ini kerana, kita tidak mempunyai sebarang kepentingan geopolitik dalam isu ini melainkan agenda memartabatkan prinsip keadilan dan kemanusiaan selaras dengan saranan perjanjian antarabangsa.

Saya melihat di sinilah peluangnya Malaysia, sebagai sebuah negara yang mempunyai kedudukan yang dihormati dalam dunia Islam dan bersikap ‘neutral’ mampu memainkan peranan sebagai mediator dunia Islam.

Malaysia mempunyai sejarah panjang dan konsisten dalam memperjuangkan isu Palestin.

Malaysia merupakan negara terawal membenarkan Palestine Liberation Organisation (PLO) beroperasi di Kuala Lumpur dan menukarkannya kepada status diplomatik(full diplomatic satus)pada tahun 1981 dan status kedutaan pada tahun 1989.

Kalau anda terlepas...

ULASAN | Bersediakah Malaysia untuk sistem berbilang parti?

Sudah semestinya penglibatan aktif dalam isu Palestin bukan sahaja akan mengangkat status Malaysia di mata dunia bahkan mengembalikan reputasi pendekatan dasar luar‘calling a spade a spade’Malaysiadi pentas antarabangsa.

RIZAL HAMDANmerupakan pemerhati isu antarabangsa dan dasar luar serta Pengarah Eksekutif NADI Centre, sebuah badan pemikir.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk juga Israel kena roket Hamas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 12-5-2021 11:21 PM
aku percaya Allah nak tunjuk sesuatu
dgn raya esoknya.. dok bergasak berperang dua dua kaum bodoh  ...

Berani uols komen gini kalau komen gini kat fb ka ig habislah kena kecam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia punya la sayang rakyat dia smpai sekat tak bagi raya sbb takut ramai mati kena covid
Tiba2 nak mintak hantar p perang pulak kt negara luar
So funny

Lantak depa la asyik2 nak gaduh
Sampai rakyat msia nk enjoy2 raya terperuk dlm umah pun abis ditenyeh dgn isu palestin smpai mcm bersalah plak kalau nk rasa hepi skit beraya pun
Blergh
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kan, dah malas nak layan isu2 negara timur tengah ni. Tak kuasaaa hurkeh sbb kalau layan mmg smpai kiamat tak habis ! Kalau nak kesian, kesian lg Yemen tu hah. 5 tahun kene serang dgan saudi smpi kurus kering kanak2 sana x ckup makan x de air bersih tp ummah who r yuss kan je kan sbb ye la Yemen lan kulit gelap majoritinya x mcm palestin mata hijau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2021 01:17 AM | Show all posts
Tajuk thread sampah lah pulak. Tajuk lain tapi cerita lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 12-5-2021 10:54 PM
Kan. Beli kapal Mega Bakti pun, ROV nya hanya boleh nyelam sampai 500m je.

itu sewa je laaa...tu kapal merchant tuuu..bukan navy punya...navy charter kapal tu untuk beberapa tahun ntah...

Sebab tu kapal tu manned by krew merchant...crew Navy cuma jaga bahagian ROV, Diving dan underwater rescue je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 02:06 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-5-2021 11:51 PM
Jgn sampai tin milo di edarkan.

tu kan sebahagian dari jihad ummah hamPAS... dah menang, ada hasil rampasan perang, buleh dibahagikan termasok duit kaa emas kaa paling lobai2 suka jika dapat habuan wanita2 yahudi tahanan perang... buleh bertakbir siang malam meraikan kemenangan..


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantar pergi perang macam tak mampu untuk negara kecil kita ni, kenapalah negara2 besar arab yang merupakan jiran kepada palestin tak tolong. Betul2 hipokrit. Memang la ikutkan deorang tak nak masuk campur sebab akan memarakkan lagi konflik.

Tapi kita jangan lupa ye pesalah utama dalam hal ni yang ala2 di maafin oleh semua orang.

British dan German. Walaupun perang dunia dah habis tapi sisa2 kesan masih berpanjangan. Tengok la Malaya pun di pecah sampai jadi 4 Negara. Semua tu sisa2 kesan perang dunia. Kalau takde Nazi genocide memang takdenya negara Israel tu semua. Orang yahudi pun aman2 je dekat palestin tu sejak dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 13-5-2021 12:55 AM
Iols kan, dah malas nak layan isu2 negara timur tengah ni. Tak kuasaaa hurkeh sbb kalau layan mmg sm ...

Setuju

Aleppo kena attack...Damsyik rileks je lepak minum kopi...kena duduk sana observe dan study pemahaman politik dorang...lama2 nanti sedarlah permainan emosi media

Entahlah nak...dah 13 tahun masih sama gitu nokss
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat membuzzing aja la...sedangkan todate kawasan penaklukan yahudi semakin melebar....

Solidarity mengecam kezaliman konon...

Harktuiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg sibuk suruh hantar tentera diraja tu...paksa2 orang pula untuk pi mati lawan bangsa arab yg x abis berperang sampai kiamat tu...nk pi...pi la sendiri...siapa yg rela pi la....jgn duk paksa2 orang lain..

Orang lain dah berzaman berkurun hidup aman damai dan tgh berperang dgn covid ... bangsa ni x abis berperang sesama sendiri sampai AJM....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
slax replied at 13-5-2021 12:21 AM
Teruk juga Israel kena roket Hamas

Sama je 2 x 5 depa tu..... negara kita pun tgh nazak lagi mau bantu  bangsa x abis gaduh ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2021 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 13-5-2021 12:41 AM
Malaysia punya la sayang rakyat dia smpai sekat tak bagi raya sbb takut ramai mati kena covid
Tiba2 ...


DIVERSION IS THE BEST FORM OF DEFENCE....

Pendekatan ini yang digunakan pemimpin tersohor nombor 1 kita untuk deviate dari masalah depan matanya......yakni rakyat yg sedang bergelumang dgn pandemik serta kemeranaan...dek langkah langkah pengawalan penularan haramjadah oleh mereka
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 12-5-2021 11:50 PM
Kalaulah melayu yg dok meratap hiba isu pelestin tu tahu realiti sebenar konflik plastin-yisroel n ...

Apa realiti sbnr dia? Aku x tau. Cerita sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 06:40 AM | Show all posts
Palestin Gaza dah kena brainwashed yg mati itu indah, even budak kecik pon diajar syahid. Hidup depa hanya utk syahid. Orang palestin yg liberal akan berhijrah ke luar. Aku tak suka tgk orang mati jadi kalau Israel buat taik aku nak suruh depa mengalah je asalkan tak berlaku kematian especially kamak kanak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bantuan tentera tu, kelengkapan senjata tu,ade je negara arab yg salurkan ikut saluran rahsia.klu tk manala Hamas dpt senjata tu?igt senjata boleh tumbuh dgn tanam cm pokok ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.082991 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list