Hanya kerana salah faham, pelajar perempuan Tingkatan 1 dibantai separuh mati oleh dua pelajar perempuan lain di Bukit Beruntung, Rawang sekitar jam 3 petang pada Selasa lalu.
Kredit foto: FB PPIM
Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan, susulan kejadian mangsa terlantar lemah di kawasan perkarangan sekolah sebelum dibawa ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan susulan.
Difahamkan, pelajar terbabit kini tidak mampu bergerak dan mengalami kesukaran untuk berjalan.
Kredit foto: FB PPIM
Laporan mengenai kejadian dibuat, namun keluarga mangsa masih menunggu tindakan pihak berkuasa terhadap dua suspek terbabit.
???Kes ini melibatkan jenayah buli terhadap anak saya. Anak saya dipijak dan dipukul, tak akan tiada sebarang tindakan segera yang boleh diambil???? soal ibu mangsa.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya berharap pelaku dikenakan hukuman setimpal di atas perbuatan mereka.
Kredit foto: FB PPIM
Apa sajalah salah faham yang berlaku hingga begitu sekali pelajar itu dikerjakan? - CARI |