Cik B yang semakin mendapat perhatian di bidang seni mengakui pernah tertekan apabila suaranya dikecam walaupun cuba menerima kritikan dengan hati terbuka.
Kredit foto: IG
Pemilik nama sebenar Nor Edlynn Zamileen yang juga anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida itu berkata, dia akan terus berusaha memperbaiki mutu nyanyiannya selepas dikecam tidak mampu melakukan ???rap??? dengan baik ketika bersiaran secara langsung pada awal kemunculannya.
"Masa tu saya akui kena kecam, tapi saya rasa rap saya sedap.
"Tak tahulah... Ketika itu saya rasa 'down' kerana merasakan adakah suara saya tak sedap? Mama kata sedap, takkan lah dia nak tipu?
Kredit foto: YouTube TV9MALAYSIA Official
"Cuma ketika itu saya down sekejap saja dan insya-Allah saya akan buktikan boleh buat (rap) dengan lebih baik," katanya kepada Media Hiburan.
Kata Cik B yang kini juga pelakon, ibunya meminta dia menguruskan badan supaya bunyinya bernafas ketika menyanyi tidak terlalu kedengaran.
Tak apa Cik B, banyak lagi masa boleh memperbaiki diri. Perjalanan jauh lagi. - CARI
|