CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2625|Reply: 20

Veteran ATM Nak Tubuh Parti Politik? Tak Boleh!

[Copy link]
Post time 11-5-2021 05:42 AM | Show all posts |Read mode
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VATM) tidak boleh menubuhkan parti politik Parti Kemakmuran Negara kerana menyalahi Seksyen 14, Akta Veteran 2012 (Akta 740).


Menurut Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) berdasarkan akta tersebut, aktiviti sesebuah persatuan veteran berdaftar di bawah jabatan itu tidak boleh mempunyai kecenderungan politik.


“Sesebuah persatuan veteran berdaftar di bawah JHEV ATM hendaklah menjalankan aktiviti persatuannya tanpa diskriminasi jantina, bangsa, agama, asal usul, bahasa, kecenderungan politik atau apaapa pandangan lain yang dipegang oleh ahlinya.


“Justeru, mana-mana persatuan veteran yang terlibat dalam aktiviti atau kegiatan politik sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah menyalahi Akta 740,” kata JHEV ATM dalam satu kenyataan.








Tindakan pembatalan atau penggantungan pendaftaran Veteran Angkatan Tentera Malaysia boleh diambil oleh Pendaftar di bawah Seksyen 18, Akta 740.


JHEV ATM menegaskan, kenyataan Veteran ATM kononnya Parti Kemakmuran Negara ditubuhkan kerana kegagalan Kerajaan dalam menangani isu-isu rakyat khususnya melibatkan anggota persatuan itu adalah salah.


Malah, kenyataan tersebut juga tidak menggambarkan realiti semasa kerana Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha untuk memperjuangkan nasib warga Veteran ATM.


Pada 4 Mei lalu, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebulat suara bersetuju menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan menubuhkan Parti Kemakmuran Negara (Kemakmuran) untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat dan veteran tentera.


Pengerusi Jawatankuasa Induk Gerakan Parlimen 15.21, Kapten Datuk Sharuddin Omar (Bersara) berkata, parti KEMAKMURAN akan meletakkan 50 calon di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-15 kelak.


“Kita mengenal pasti 50 kawasan, tetapi kita sedang di dalam kajian strategik bagi menempatkan calon-calon tersebut.


“Setakat ini, kita mengambil peluang sedia ada dengan memberi keutamaan kepada kawasan yang mempunyai majoriti anggota tentera sedang bertugas, kem-kem dan tempat yang ramai veteran bermastautin,


“Berdasarkan situasi politik, kita pertimbangkan untuk bertanding di kawasan yang mana kita punya peluang untuk menang,” katanya pada sidang media “Veterans March to Parliament” (V4MP) di Hotel Royale Chulan, hari ini.


Beliau berkata, penglibatan veteran dalam penubuhan parti politik tersebut adalah atas dasar peribadi dan secara sukarela dengan tidak melibatkan mana-mana persatuan atau kelab veteran yang sedia ada.


“Ini kerana pematuhan terhadap Akta Veteran tahun 2012 (Akta 740) yang melarang persatuan dan kelab veteran dari telibat dalam aktiviti politik,” jelasnya.




Sumber: Suara Merdeka

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nak jadi myanmar dengan korea utara ke? mula mula party politik lepastu terus jadi pemerintahan tentera
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 06:04 AM | Show all posts
Boleh jer tubuhkan Parti Kemakmuran Negara, tapi jangan kaitkan dengan VATM.

Terpulang la kepada ahli ahli VATM nak masuk ke tidak, dan keahlian pun tidak lah di hadkan kepada ahli ahli VATM sahaja.

Walaupun saya ahli VATM , saya rasa tak wajar persatuan ini di libatkan. Sesiapa yang berminat nak jadi YB tu ,join jer lah mana mana parti yang sedia ada..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin rosak la {:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Under persatuan pun tak faham Akta mcm mana nak perintah negara...dapat kuasa lg caca marba
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Akta tu bijak

Buat nya tiber2 parti ni join DAP (contoh) siapa nak jawab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2021 06:54 AM | Show all posts
kelana36 replied at 11-5-2021 06:04 AM
Boleh jer tubuhkan Parti Kemakmuran Negara, tapi jangan kaitkan dengan VATM.

Terpulang la kepada  ...

captain dulu dari tudm ye?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu veteran ke pencen ke..tk payahla..nnti dpt PM tua.ego.keras kepala.buat lawak psl covid20 nk sumbat pelancong cina dlm apa? Sambil ketawa.. Susah plak nnti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 08:31 AM | Show all posts
Orang2 pencen dan kertu jugak.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana dapat fund? Sendiri2 sbb ada yg buat side business ke? Nak tubuh parti ni kena ada duit byk sbb nak berkempen guna duit byk juta2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak sedara Lim Gusn Eng pun veteran tentera penerima PGB.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis tu takkan nak sumbat dalam kandang lembu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rampasan tentera tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 09:48 PM | Show all posts
xde duit caner nak tubuh parti  ....   konpem ada sumbangan Yahudi omputih dr luar
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 10:32 PM | Show all posts
Ex-General nak masuk politik... nanti jadi YB terbawa-bawa kebiasaan nak perintah orang..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 11:05 PM | Show all posts

yes lah. in fact that number 36 tu last two digit my nombor tentera...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 11-5-2021 11:05 PM
yes lah. in fact that number 36 tu last two digit my nombor tentera...

Pernah bawa mig29? Skrng msh pilot or lecturer?

Fikir 36 tu gang kongsi koling
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ali Tinju bekas tentera kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Askar pencen ni jaga Boustead & Airod pun melingkop semua, takyah lah napsu besar nak jaga negara. Nanti kena tibai dek tentera bawang tutup Fb twitter semua. Dan apak aku veteran tentera yer.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 06:06 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-5-2021 07:09 PM
Pernah bawa mig29? Skrng msh pilot or lecturer?

Fikir 36 tu gang kongsi koling

Masa ruskies plane sampai I dah left service. Lama dalam airline dari airforce..
Now masih active flying , dengan BBNU kat flying school  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.082901 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list