CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3309|Reply: 24

[Tempatan] Edisi Sarawak - Dibenarkan Beraya Pulak Ke Orang Sarawak?

[Copy link]
Post time 11-5-2021 02:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Babai at 11-5-2021 02:44 AM

Sambutan Aidilfitri di Sarawak dibenar sehari saja

Mei 10, 2021 @ 8:30pm

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan sambutan Aidilfitri di Sarawak hanya dibenarkan pada hari raya pertama dengan kehadiran keluarga terdekat saja.

Menurut kenyataan JPBN hari ini, keputusan berkenaan dibuat selepas menilai situasi semasa COVID-19 di negeri itu yang turut dipersetujui Majlis Islam Sarawak.

Katanya, pindaan garis panduan (SOP) yang terperinci boleh didapati dalam laman rasmi Majlis Islam Sarawak di http://www.mis.sarawak.gov.my.

Hari ini, Sarawak merekodkan 649 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35,809 kes dengan dua kematian baharu akibat jangkitan itu dan jumlah terkini kematian adalah 209 orang.

Dalam kenyataan sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan dua lagi kluster komuniti baharu iaitu kluster Ulu Anap di Tatau dan kluster Emperan di daerah Selangau.

Kluster Ulu Anap membabitkan sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Anap di daerah Tatau, yang mana kes indeksnya seorang wanita warga tempatan berumur 38 tahun dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Nanga Tau pada 29 April dan disahkan positif COVID-19 pada 1 Mei lalu.

Kluster Emperan pula membabitkan tiga rumah panjang di daerah Selangau dengan kes indeksnya membabitkan seorang wanita warga tempatan berumur 27 tahun yang juga dikesan melalui saringan individu bergejala.

Setakat ini, 78 kluster masih aktif di negeri ini dengan 17 kluster merekodkan 150 penambahan kes baharu dan 61 kluster lagi tidak merekodkan penambahan kes.– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... dibenar-sehari-saja

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 02:38 AM | Show all posts
Boleh pun macam tak boleh jer ...
sebab merentas daerah ke daerah pun tak boleh ... ramai yang tak boleh balik kampung beraya dengan keluarga ...
nak merentas ...3 hari sblom merentas ...kena swab dulu ... rm290

valid untuk 3 ke 4 hari saja ...lebih dari tu kena swab lagi

dah swab ... kena pula ada permit dari Polis menyata kan mengapa nak merentas...







Tertulis situ ... Zone / Daerah yang dikenakan PKPD semua aktiviti sambutan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 02:41 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-5-2021 02:38 AM
Boleh pun macam tak boleh jer ...
sebab merentas daerah ke daerah pun tak boleh ... ramai yang tak  ...

Seluruh negara tak boleh beraya (melainkan dengan keluarga serumah), tiba2 Sarawak boleh pulak? Pelik bin ajaib bin double standard.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 02:49 AM | Show all posts
Babai replied at 11-5-2021 02:41 AM
Seluruh negara tak boleh beraya (melainkan dengan keluarga serumah), tiba2 Sarawak boleh pulak? Pe ...


yang merah tu tak boleh beraya pun...

Tertulis situ ... Zone / Daerah yang dikenakan PKPD semua aktiviti sambutan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 02:54 AM | Show all posts
Edited by Babai at 11-5-2021 03:04 AM
FanTasyCreaTioN replied at 11-5-2021 02:49 AM
yang merah tu tak boleh beraya pun...

Tertulis situ ... Zone / Daerah yang dikenakan PKPD s ...

Kita tengah bercerita pasal kawasan PKP. Kita bukan sebut pasal kawasan PKPD. Kawasan PKPDiperketatkan memang sepatutnya pun diperketatkan.
Yang seluruh negara tu PKP, bukannya PKPD. Sebab PKP, seluruh negara tak boleh beraya, kita faham dan kita setuju. Tapi kenapa tiba2 Sarawak boleh pulak? Kenapa?

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 03:03 AM | Show all posts
Babai replied at 11-5-2021 02:54 AM
Kita tengah bercerita pasal kawasan PKP. Kita bukan sebut pasal kawasan PKPD. Kawasan PKPDiperketa ...
Sarawak ada keistimewaan sendiri  


cukup rasa nya dengan jawapan diatas ... PKP dengan PKPD takde beza sangat pun ...

raya tak raya sama jer ... bukan boleh berkumpul untuk mereka yang dalam zone merah... boleh rujuk gambar diatas berapa banyak zone merah tu...

Selamat Hari Raya ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2021 03:07 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-5-2021 03:03 AM
Sarawak ada keistimewaan sendiri   

Kita setuju dan faham kenapa diadakan PKP dan tak dibenarkan beraya.
Yang jadi masalah ialah bila seluruh negata tak boleh beraya kerana PKP (which kita setuju dan akur), tapi tiba2 Sarawak boleh pulak beraya. Itu yang tak kena dan tak betul dan double standard.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 03:08 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-5-2021 03:03 AM
Sarawak ada keistimewaan sendiri   

Apapun Selamat hari raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 03:11 AM | Show all posts
Babai replied at 11-5-2021 03:07 AM
Kita setuju dan faham kenapa diadakan PKP dan tak dibenarkan beraya.
Yang jadi masalah ialah bil ...
Jawapan ada kat sini... kot ...

Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.
Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.

Kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan sebahagian anggota masyarakat menuntut Kerajaan untuk mengambil tindakan yang lebih drastik bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan yang lebih parah.

Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan COVID-19.

Rantaian jangkitan COVID-19 hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat.
Sehubungan itu, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang saya pengerusikan hari ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di SELURUH NEGARA seperti berikut:

1. Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh;

2. Melarang SEMUA bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri- kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta. Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam;

3. Melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal;

4. Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.
Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga;

5. Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJA termasuk pemandu. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

6. Dine-in di restoran dan kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarkan;

7. Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa. BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa; dan

8. Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN.

9. Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.

10. Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan;

11. Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.

Tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Mei 2021.

Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Sepanjang tempoh ini, semua SEKTOR EKONOMI DIBENARKAN untuk beroperasi.

SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Kerajaan akan terus menggunakan sistem HIDE untuk memantau premis dan kawasan hotspot COVID-19 serta mengambil tindakan susulan seperti yang telah diputuskan.

Saya berharap semua rakyat terus berdisiplin dan mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Yang terbaik ialah duduk di rumah atau stay at home untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19.

Kita telah berjaya melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 dalam gelombang pertama dan kedua penularan wabak ini. Saya ingin mengingatkan gelombang ketiga yang sedang kita hadapi ini lebih ganas dan kritikal. Kita masih belum menang.

Hadapilah gelombang ketiga ini dengan penuh disiplin. Hanya diri kita yang boleh jaga nyawa kita sendiri selain ketentuan Ilahi. Duduklah di rumah jika tiada perkara penting yang perlu diurus.

Wabak ini menjadi lemah dan tewas jika kita mengamalkan disiplin kendiri yang tinggi. Disiplin kendiri ini bukanlah sukar untuk dilaksanakan. Elakkan tempat yang sesak, jaga penjarakan fizikal, sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam dan bersihkan tangan anda pada setiap masa di samping mengamalkan kebersihan kendiri yang baik.

Insya-Allah, dengan pertolongan Allah s.w.t. kita akan berjaya menewaskan virus COVID-19.
TAN SRI DATO’HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Perdana Menteri
10 Mei 2021

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 03:13 AM | Show all posts
Babai replied at 11-5-2021 03:08 AM
Apapun Selamat hari raya.
Jager diri bebaik yer ...


ntah bila la boleh kembali seperti biasa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 03:15 AM | Show all posts

U pun take care ye.

Maaf zahir batin.

Harap2 H2 2022 boleh kembali ok. Itupun kalau rakyat kita tak degil kepala batu langgar SOP.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 03:16 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-5-2021 03:11 AM
Jawapan ada kat sini... kot ...

Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat ...

Statement dia tu tidak menjawab soalan. Kerana ianya hanya mengesahkan kewujudan double standard.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 03:28 AM | Show all posts
Babai replied at 11-5-2021 03:16 AM
Statement dia tu tidak menjawab soalan. Kerana ianya hanya mengesahkan kewujudan double standard.
...
rasa nya indirectly ... dengan statement tu PM akui ... Sabah Sarawak buat Peraturan sendiri ...


double standart yang takde makna pun buat kami disini... baik PKP jer terus ... sebab memang takde beza pun ... lain lah kalo kata nya ... sehari tu diizinkan merentas daerah untuk beraya bersama keluarga ...

dan harap ... kerajaan Sarawak tak menyesal dengan keputusan membenarkan Raya sehari tu untuk Zone hijau dan Zone kuning




Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Wilayah Sabah pun tidak tertakluk dengan PKP yang dilaksanakan. PKPB masih lagi berkuatkuasa disini sehingga 17 Mei.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 11-5-2021 04:47 AM
Wilayah Sabah pun tidak tertakluk dengan PKP yang dilaksanakan. PKPB masih lagi berkuatkuasa disini  ...

boleh dah gie sembahyang raya, semslsm kecewa dh sbb dh rendam beras pulut sekilo nk ziarsh rumah kwn2 tiba2 pkp satu negara
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 11-5-2021 04:51 AM
boleh dah gie sembahyang raya, semslsm kecewa dh sbb dh rendam beras pulut sekilo nk ziarsh rumah  ...

Itu la. PKPB lega sikit. I baru plan nak pergi pasar cari daun ketupat. Hope diorang revise SOP bagi rentas zon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Brunei jugak yg untung.. Cukup sekali je xleh raya..  tahun ni dah blh da.. Kudos pada frontliner depa dan ruler yang xdrama sembang kedai kopi mcm abah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 06:23 AM | Show all posts
Babai replied at 11-5-2021 02:41 AM
Seluruh negara tak boleh beraya (melainkan dengan keluarga serumah), tiba2 Sarawak boleh pulak? Pe ...

sabah & sarawak ni lain mcm sikit diorg mana mau ikut sngat fderal mcm kes bukak sekolah aritupun diorg x ikut
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sarawak...thanks to pencetus kluster yg balik from johor hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 06:37 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-5-2021 03:28 AM
rasa nya indirectly ... dengan statement tu PM akui ... Sabah Sarawak buat Peraturan sendiri ...

...

......

dan harap ... kerajaan Sarawak tak menyesal dengan keputusan membenarkan Raya sehari tu untuk Zone hijau dan Zone kuning
Harap gomen S'wak pikir masak2.. Takut terjadi cam Sabah masa PRN dulu..... Harap dpt pelajari apa yg terjadi kat Sabah......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.083133 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list