CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1898|Reply: 0

Siapa Bilang Rambut Beruban Tidak Menawan?

[Copy link]
Post time 7-5-2021 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Siapa Bilang Rambut Beruban Tidak Menawan?



Uban baru sehelai dua, paniknya macam dunia sudah hendak kiamat. Namun, begitulah segelintir reaksi wanita yang payah untuk menerima hakikat lanjut usia menerusi tanda-tanda seperti uban dan kedutan wajah.

Bagi kelompok wanita yang terlalu obses dengan kecantikan, mereka sanggup melakukan apa saja. Mengunjungi salon dan mewarnakan rambut kepada warna hitam atau blonde, dianggap penawar bagi masalah fobia tua ini.



Ironinya rambut bertukar warna kepada putih, bukan sesuatu yang diinginkan, khususnya bagi masyarakat Asia, yang lazimnya berambut hitam.

Itu petanda, usia semakin menginjak. Biarpun segelintir individu melihat kehadirannya sebagai lambang kebijaksanaan atau kepemimpinan, ramai melihatnya menjejaskan penampilan diri.

Uban ibarat igauan ngeri lebih-lebih bagi wanita yang melihat rambut sebagai mahkota kebanggaan, perlu tampak menarik, menawan.

Berbeza pula keadaannya bagi masyarakat antarabangsa khususnya di kalangan selebriti Hollywood. Mereka berbangga dengan rambut putih sehinggakan ramai yang memilih putih umpama uban untuk kelihatan unik dan bertambah memukau bila dipadankan dengan sentuhan solekan majis serta busana anggun.

Mereka cukup berkeyakinan melangkah di hadapan lensa kamera dalam pelbagai acara berprestij. Antara selebriti Hollywood cukup menawan dengan stail rambut uban walaupun sebahagian mereka masih muda adalah Kim Kardashian dan adiknya, Kylie Jenner, Chloe Grace Moretz, Jamie Lee Curtis, Blythe Danner, Helen Mirren, Rihanna, Kate Moss, Nicole Kidman, Lady Gaga serta Gwen Stefani.

Pendek kata, uban tidak membuat anda kelihatan tua sebenarnya atau menghakis kecantikan anda. Apa yang paling penting adalah wanita harus menerima dengan lapang dada peningkatan usia dan sentiasa prihatin akan kesihatan diri untuk kekal sihat, cergas, cantik dan menawan.




Sumber:https://www.xtra.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047818 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list