"Yuna Penyanyi No. 1, Bukan Dato' Siti" - Kenyataan Hatta Dolmat Dikecam
Ketika kecoh isu majlis tahnik anak lelaki penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan melanggar SOP dan tidak sensitif dengan rakyat yang tidak dapat merentas negeri, pereka fesyen Hatta Dolmat mencuri tumpuan dengan ciapannya sambil disertakan dengan gambar billboard Yuna di Times Square New York yang berbunyi " While Malaysian fans here 'penyanyi no satu negara ialah ...', i rasa penyanyi no satu bukan dia ... tapi',
Ciapan yang diakhiri dengan emoji menguap itu dikatakan memerli Siti yang sememangnya sinonim dengan gelaran penyanyi nombor satu negara.
Walaupun ada segelintir yang kelihatan bersetuju dengan kenyataan Hatta itu, majoriti ciapan balas yang diterima berupa kecaman kepada Hatta.
Ada yang berkata, dia talam dua muka kerana komennya di Instagram Siti berbeza nada, ada juga yang berkata dia seperti kacang lupakan kulit kerana baju rekaannya pernah dipakai penyanyi itu di Asian Television Award 2013.
"Jaga-jaga @yunamusic jangan kawan dgn org mcm ni. Jenis talam bermuka2 ni. Bhaya kalau buat kawan. Dulu bukan main puji melangit..skrg bkn main mengata. buat baju pun buruk, tak perlu nak berlagak sgt" ciap pemilik twitter dengan nama Abam Gemuk.
Mungkin kerana teruk dikecam, Hatta memadam ciapannya itu. - CARI
Kredit foto : Twitter Hatta Dolmat
Kredit foto : oh my media |