Diterbitkan pada Mei 3, 2021 oleh Amy Maizuraa.
Maybank dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa terdapat sejumlah perkhidmatan utama mereka tidak akan dapat untuk sementara waktu pada 4 Mei 2021. Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Maybank menerusi hantaran di media sosial rasmi mereka sebentar tadi. Untuk makluman semua, antara perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut : - Maybank2u & pembayaran atas talian
- Aplikasi MAE
- Aplikasi QRPay Biz
- Aplikasi Maybank Wealth
- Pembayaran FPX
- Transaksi kad debit
- Mesin ATM
- Mesin deposit cek
Kesemua perkhidmatan utama ini akan tergendala sementara waktu diantara jam 11.30 – 11.59 malam pada hari berkenaan. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar membuat sebarang transaksi dengan lebih awal bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh tersebut. Ia juga bagi memudahkan semua pihak untuk menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian pada jualan 5.5 tanpa sebarang gangguan.
|