CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2350|Reply: 14

[Tempatan] Bersediakah rakyat Malaysia hadapi PKP 3.0

[Copy link]
Post time 4-5-2021 12:27 PM | Show all posts |Read mode
LIDAH PENGARANG | | 04 Mei 2021

PETANDA bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) akan dilaksanakan sudah jelas kelihatan walaupun kerajaan pada dasarnya masih meneliti perkara itu.


Bermula dengan kes harian yang meningkat, kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mencadangkan PKP dilaksanakan di negeri-negeri yang mencatatkan kes Covid-19 yang tinggi makin menguatkan lagi jangkaan bahawa PKP 3.0 akan dikuatkuasakan.


Ditambah pula dengan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai enam hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) untuk pesakit Covid-19 didapati melebihi tahap ambang amaran.


Ia berikutan kadar penggunaan katil di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kini masing-masing melebihi tahap 70 peratus.


Lebih membimbangkan, ada antara hospital berkenaan ketika ini menghampiri kadar kapasiti penggunaan katil 100 peratus.


Suka atau tidak, sekiranya kerajaan melaksanakan PKP, rakyat bawahan tiada pilihan kerana sudah pasti kita tidak mahu apa yang berlaku di India berlaku di Malaysia.


Dan sekiranya PKP 3.0 dilaksanakan, mampukah rakyat Malaysia mengharunginya buat kali ketiga dari segi persediaan kewangan, mental dan fizikal?


Mampu atau tidak, jawapannya ada pada empunya badan kerana setiap daripada kita boleh mengagak jumlah wang simpanan dalam kantung masing-masing.


Hanya diri sendiri juga yang tahu kesihatan mental dan fizikal masing-masing sama ada mampu bertahan atau tidak menyambut hari raya buat kali kedua dengan pelbagai sekatan dan SOP yang ketat.


Walau apa pun jawapannya, sebenarnya rakyat memerlukan sokongan yang kuat daripada kerajaan untuk mengharungi PKP ini kerana tanpa bantuan kewangan, motivasi mental dan fizikal, kejayaan untuk mengharungi tempoh sukar akan menjadi lebih rumit.


Sama-sama kita berdoa agar kesusahan ini tidak berpanjangan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aysia-hadapi-PKP-30

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 12:36 PM | Show all posts
Bila kenang balik,

Bulan oktober 2020 - " Bawa bertenang, keadaan terkawal. PKP lagi sekali adalah tidak mungkin akan berlaku"

Bulan Januari 2021 - "PKP tidak akan disambung selepas 4 Februari"



sekarang rasa nak tergelak je dengan kebodohan gomen abahcow ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bergantung kpd kaedah perlaksanaan dan tempoh masanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentally rakyat dah tak larat nak PKP la bangsat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel bangang apa ko tanya ko jawab..saying too mich and nothing.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 4-5-2021 04:36 AM
Bila kenang balik,

Bulan oktober 2020 - " Bawa bertenang, keadaan terkawal. PKP lagi sekali adala ...

Sampah sngt kan ..sama hauk dgn artikel bodoh ni.#leparhanset
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2021 12:41 PM | Show all posts
Orix replied at 4-5-2021 12:36 PM
Bila kenang balik,

Bulan oktober 2020 - " Bawa bertenang, keadaan terkawal. PKP lagi sekali adala ...

dan kebodohan yg dok percaya cakap dia lagi nak tergelak tengok  
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 12:42 PM | Show all posts
Sebagai penganut ugama islam, kita mestilah patuh akan perintah kerajaan yang memerintah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 12:59 PM | Show all posts
sembang kari je pkp tu.

pkp + darurat + perintah berkurung + tabur askar polis merata  

tapi,
melancong dibolehkan,
kelab malam dan funfair boleh beroperasi,
daging tercemar kobit masih import dari india sapai 7 flite,
semua sektor pembinaan dan perkilangan beroperasi seperti biasa,  

apa ke bangangnya pkp ropa tu??

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:31 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh je pkp berapa point kosong pon. Jnji blh rentas negeri. Blh gitue?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
#rindupkp97%
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang aku pelik dekat Franch elok je diorg merenta Sana merentas sini..Kayu basikal 1 family,. Tunggang keeldai bagai.

YG kat Malaysia ni kenape teruk sangatt?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan gagal!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
BRING IT ON.....

Like hell we have say in it?

kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.784643 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list