View: 2146|Reply: 14
|
Tragis, Bayi 11 Bulan Terjatuh Dari Tingkat 3
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga kediaman keluarganya di Blok D, PPR Sri Aman, Jalan Aman Putra di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan insiden itu pada 6 petang dan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Jinjang kemudian menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Gambar Hiasan
"Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap kira-kira 3 petang.
"Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk mengemas bilik terbabit. Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak mempunyai pagar dan katil diletakkan di tengah tingkap tanpa sebarang halangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Eng Lai berkata, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden itu.
"Ibu mangsa membawa mangsa ke Hospital Selayang (HS) untuk mendapatkan rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.
"Mayat kemudian dirujuk ke Unit Forensik HS untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian," katanya.
Katanya, hasil laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Polis Sentul menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku tau mak dia rapatkan katil tu kejap ke tingkap sbb nak kemas bilik tu kan? Tapi, mak dia bukak ke tingkap tu menganga aaaaa mcm tu?!! Tau rumah ada anak kecik, kau lewa mcm tu ke! Aku dulu ada baby, aku seal siap tingkap aku tu pakai kunci. So double lock. Apa ni? Hangin lah aku mak2 yg tak cakna ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru nak cakap benda yang sama... dah tau anak kecik ramai, tutup segalanya yang boleh trigger safety issues...
|
|
|
|
|
|
|
|
Iolss memang takleh accept kalau baby jatuh/meninggal sbb parent careless. Jenis tak alert dgn surroundings. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jenis kangkang je dapat anak...pprt kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia punya otak di fefet saja |
|
|
|
|
|
|
|
esok lusa dapat la anak baru buat ganti |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah....
Tak payah marah2...kurus puasa nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah2 tingkat atas ni.. tak wajib letak grill ke ha? gigil aku tengok takde grill. Rumah bawah org grill takut pencuri... dah atas2 dia pikir takde sape nk panjat kot takyah grill. aduhai..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian baby😥😥😥belum penuh 1 tahun lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak oiiii mmg la smua kita ni mati nanti tp dah tau anak ramai awat mcm tu cuai sgt kak oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Cuai dan ambil ringan.. Itu aje yang aku boleh kata........ |
|
|
|
|
|
|
|
rumah yg tingkat2 tinggi pun i grillkan sebelum bagi sewa supaya kalau jadi apa2 kat anak2 diorg, bukan salah tuan rumah lagi .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|