CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 0

Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Buka Puasa Dihadiri Selebriti

[Copy link]
Post time 3-5-2021 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Tatkala kes Covid-19 semakin meningkat, ada golongan tertentu dilihat selamba menghadiri majlis-majlis secara terbuka.


Dalam perkembangan terbaharu, polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada majlis berbuka puasa yang dihadiri beberapa selebriti tempatan di ibu negara baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, setakat ini tiga individu daripada pihak penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel telah dipanggil memberi keterangan.


Kredit foto: Sinar Harian





Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada majlis berbuka puasa yang dihadiri beberapa selebriti tempatan di ibu negara baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, setakat ini tiga individu daripada pihak penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel telah dipanggil memberi keterangan.


Beliau berkata, polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan, sekiranya gagal tindakan boleh diambil di bawah peruntukan undang-undang.


"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes terbabit boleh salurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 dan IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.


Penganjuran majlis berkenaan mengundang rasa tidak puas hati segelintir netizen yang mempertikai SOP seperti penjarakan fizikal ketika berlangsungnya program itu. -CARI


Sumber: Sinar Harian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.109093 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list