CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2299|Reply: 3

Didie Alias Hilang 500,000 Pengikut, Scammer Minta RM4,000

[Copy link]
Post time 27-4-2021 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pengacara Didie Alias mengingatkan mana-mana rakan artis serta pengikut di laman Instagramnya agar tidak menekan apa-apa pautan yang dihantar kepada mereka menerusi medium laman sosial tersebut.


Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd, 49, akaun Instagramnya kini bukan lagi dikawal olehnya selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab pada Isnin.




Kredit foto: IG




"Instagram saya kena godam, saya minta sangat kalau dapat mesej daripada IG saya, jangan klik apa-apa. Kalau klik link itu, nanti IG anda pula akan kena hack.


"Saya tertekan link yang dihantar IG Syanie (pelakon Syanie Hisham) menerusi direct message, padahal yang hantar mesej itu bukan Syanie... IG dia pun dah kena hack sebelum itu.






Kesemua gambar di Instagram Didie juga telah dipadam oleh penggodam tersebut.


"Lepas dah hack IG saya, scammer ini boleh pula minta saya bayar duit AS$1,000 (RM4,100)... memang saya tak bayarlah, kalau dah bayar nanti dibuatnya dia tak bagi balik IG saya memang naya je," katanya ketika dihubungi mStar.


Susulan perkara itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu telah membuat report di Instagram dan Facebook mengenai 'kecurian' akaun Instagramnya oleh pihak tidak bertanggungjawab.






"Lepas dia dah hack, dia pun hantar link sama kepada semua pengikut saya termasuk rakan-rakan artis yang lain.


"Dapat sahaja link tu, rakan artis seperti Zizan Razak, Datuk Aznil Nawawi dan Fasha Sandha terus telefon bertanya pada saya tentang kesahihan pautan tersebut.


"Saya dah pesan pada mereka abaikan sahaja dan terus sekat akaun saya yang telah digodam itu," ujarnya lagi.


Menurut Didie, dia berasa sedikit terkilan kerana menerusi Instagramnya merupakan salah satu mata pencariannya dengan memiliki lebih 515,000 pengikut.









"Dah lama saya buat IG sejak lapan tahun lalu dan dari sini juga kadang-kadang saya dapat rezeki, buat review dan promosikan semua event yang saya anjurkan.


"Sudahlah minggu ini event yang saya anjurkan bakal berlangsung... dah tak dapat saya nak buat hebahan pada peminat tentang acara tersebut," katanya.


Didie bakal menganjurkan majlis Raya Bersama Che Salmah yang akan diadakan pada 30 April hingga 2 Mei ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar ya cik salmah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Awmokkk seksi nye kakak
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 08:40 AM | Show all posts
buat report jer kak.. pastu buat ig baru. nk dpt ig lama blk mmg pyh laa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.842465 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list