CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1821|Reply: 1

Tak Nak Ujub Atau Riak, Nash Sebenarnya Dah Lama Sertai Tabligh

[Copy link]
Post time 19-4-2021 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Datuk Nash tidak selesa apabila fotonya bersama jemaah tabligh tersebar menerusi media sosial hingga mencetuskan pelbagai spekulasi kurang enak dalam kalangan netizen, baru-baru ini.


Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias berkata, penyertaan dalam kumpulan tabligh bukanlah perkara baharu, malah dirinya mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkannya kepada masyarakat.


"Bagi saya, tidak perlulah tular foto berkenaan kerana saya sudah lama menyertai kumpulan tabligh sekitar empat hingga lima tahun lalu. Lagipun, saya tidak mahu cerita ini disebarkan kerana enggan menimbulkan rasa ujub atau riak dalam diri disebabkan berasakan diri lebih baik dari orang lain apabila kisah ini disensasikan.


"erkara seperti ini tidak perlulah publisiti ataupun diperbesar-besarkan. Ia juga bukan sesuatu yang baharu kerana kebanyakan lagu yang saya nyanyikan berunsurkan ketuhanan seperti Ku Dihalaman Rindu, Seruan dan banyak lagi ketika masih bersama kumpulan Lefthanded lagi," katanya kepada BH Online.


Foto: Berita Harian




Nash ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu berjudul Sesuci Ramadhan, di sebuah hotel, di sini, semalam.


Walaupun semakin aktif dalam kegiatan keagamaan, namun, bekas vokalis kumpulan Lefthanded itu berkata, ia bukanlah penghalang untuknya meneruskan kerjaya seni seperti biasa.


"erubahan ini bukanlah satu penghijrahan atau berkait dengannya, tetapi ia adalah satu tanggungjawab sebagai umat Islam. Tidak salah kita meneruskan kerjaya dalam bidang muzik, asalkan ia tidak memberi kemudaratan kepada peminat.


"Saya masih boleh berdakwah sambil menghibur," jelas penyanyi berusia 61 tahun ini.


Mengulas kemunculan single Sesuci Ramadan, penyanyi yang popular dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu berkata, niatnya hanyalah untuk memeriahkan sambutan Ramadan.


Foto: Berita Harian




"Lagipun, kita tidak ada banyak karya berkonsepkan Ramadan. Sepatutnya, single ini dibuat sebulan sebelum bulan puasa, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ia lewat dirakamkan.


"Justeru, saya perlu menggunakan tempoh sebulan ini untuk mempromosikan single Sesuci Ramadan. Saya juga berharap single ini mampu menjadi malar segar dan terus diputarkan pada tahun akan datang," ujar Nash optimis. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau minat..go on...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.064694 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list