View: 2292|Reply: 9
|
Empat Tahun Menyepi, Tak Sangka Lagu Azhar Osman Dipilih Jadi OST Drama
[Copy link]
|
|
Empat tahun menyepi dari dunia muzik, penyanyi Azhar Osman kini tampil dengan lagu berjudul Ternyata dan menariknya karya tersebut mendapat sentuhan daripada komposer terkenal iaitu Farouk Roman.
Mengakui sangat teruja, pemilik nama Mohd Azhar Osman ini berkata dia pada mulanya menyangka Farouk sekadar bergurau ketika memintanya untuk menyanyikan lagu tersebut.
Foto: IG
"ada mulanya, saya ingat Farouk tawarkan saya untuk menyanyikan lagu runut bunyi ciptaannya itu sekadar gurauan. Namun, rupa-rupanya dia memang serius dan saya terus ambil keputusan untuk menerimanya.
"Semestinya, saya berterima kasih dan berbesar hati atas kesudiannya memilih saya menyanyikan karyanya. Sebaik saya mendengar demo lagu yang diberikan kepada saya itu, ia serta-merta menangkap halwa telinga saya.
"Melodinya terus menggambarkan bagaimana perjalanan lagu itu dan saya semestinya sangat teruja untuk mencabar diri bagi melunaskan tugasan lagu itu," kata penyanyi berusia 33 tahun ini kepada mStar.
Lagu Ternyata merupakan runut bunyi untuk drama Single Terlalu Lama arahan pelakon Ungku Ismail Aziz yang turut membintangi drama tersebut.
Ungku Ismail turut bergandingan dengan barisan pelakon iaitu Riz Amin, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Julia Farhana, Dayana Roza, Lia Natalia, Azar Azmi, Noorkhiriah, Zila Bakarin, Norman Hakim dan Uchee Fukada.
Dalam pada itu, Azhar memberitahu biarpun berbesar hati dapat menyanyikan lagu runut bunyi namun ia tetap memberi sedikit tekanan kerana bimbang dengan sambutan single tersebut.
"Memandangkan ia lagu runut bunyi, timbul rasa bercampur-baur di mana pertamanya saya sangat berbesar hati. Yalah, siapa yang tak mahu lagunya dimainkan dalam drama dan saya pula sudah beberapa tahun tidak menyanyi.
"Tiba-tiba, saya muncul kembali dan terus buat lagu runut bunyi, saya anggap itu bonus. Perasaan yang satu lagi semestinya terasa sedikit tekanan kerana risau sama ada lagu ini akan menjadi, memberi keadilan kepada komposer, dapat sambutan, atau tidak.
"Apa-apa pun, saya percaya kepada rezeki, siapa tahu mungkin inilah masa yang tepat untuk saya kembali. Saya tak kisah kalau lagu ini lebih dikenali sekadar runut bunyi," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MarissaOberlin replied at 19-4-2021 11:13 AM
tasteeeeeeeeeeeee
Heols memang tasty tapi iols rasa heols top dan dulu hael bottom ataupun dua2 versace, gucci, givenchy.
Kena tanya @Kurex untuk confirmkan |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut perkiraan iols dekat mamat kekwat ni. Masa dia dgn haelina, dia lebih kepada top. Haelina kadamg kala akan jadi top. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pi baca.. Lagu Azhar Sulaiman...keletihan memasak la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah jumpa dia dkt Bukit Tinggi tahun lepas...
Mmg hensem, putih, menarik.. wangi..
Cuma kurang tinggi ja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols berminat nak tengok cite tu sebab ada Ungkuu.. kat mana tayang |
|
|
|
|
|
|
|
Who r usss....ko ingat ko brave girls ke apa..dh sendu tetiba popular |
|
|
|
|
|
|
|
penah terserempak few times dgn mamat ni mmg putih... cuma caara dia jalan mendongak je.....maybe sebab tengkuk/leher dia sakit kot time tu... hahahhaha
kalau time dulu, tgk dia ngan hael makan..nampak laa hael tu mcm diwhoareyusss je..sebab rupa dia tak outstanding mcm mamat ni laa...
tapi rasanya skrg ni..kalau dedua duduk satu table...org akan nampak hael dulu la kot..
1. sebab dah femes 2. sebab dah tak kepam mcm dulu , eh dia ni renovate muka ke ahhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rajin main badminton kat arena sport ampang mamat ni... Lpas main terus lepak mamak kat mrr2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|